Kenapa Kita Mesti Bantah IFC?

Menjelang Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se Malaysia pada 7hb Mei 2011 (Sabtu) di Dewan Muktamar Pusat Islam, blog ini akan menyiarkan kembali beberapa artikel berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan/Interfaith Commission (IFC) sedikit masa dahulu, yang mana usaha-usaha tersebut tidak padam begitu sahaja, malah mereka telah menukar serta mempelbagaikan strategi mereka dalam mencabar kedaulatan Islam di Tanah Air kita ini.

[Strategi mereka dalam Bible Bahasa Melayu adalah lanjutan usaha mereka yang tidak henti-henti – jangan ada di kalangan kita yang terpedaya – BACA DI SINI: KLIK]

Artikel-artikel ini dipetik dari laman sesawang Bantah IFC. Ikutilah siri terbitan semulanya di blog ini.

… demi membela Al-Islam

**********

Kenapa Kita Mesti Bantah IFC

1.    Sikap Anti-Islam Pihak Penaja

Pihak Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti berikut:

  • Seseorang Muslim  patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;
  • Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan (dilihat dari aspek pelbagai dokumen antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan hujah-hujah kes mahkamah di negara-negara bukan Islam) seharusnya diguna-pakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya  undang-undang syarak;
  • Untuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil  dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim  itu keluar dari agamanya;
  • Usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;
  • Istilah “Muslim” di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;
  • Seseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua ibubapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;
  • Agama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya.

Isu-isu di atas langsung tidak ada kena mengena dengan hubungan antara agama tetapi adalah bersabit dengan ajaran Islam yang tidak boleh dipertikaikan oleh penganut-penganutnya sendiri apatah lagi oleh orang-orang bukan Islam.

Pelbagai memorandam yang dikeluarkan pihak penaja IRC/IFC terang-terang merupakan tindakan campur tangan yang serius terhadap  ajaran Islam.

Sikap dan perasaan benci yang amat mendalam terhadap Islam di kalangan ahli-ahli pihak penaja yang bukan Muslim amat jelas kerana tidak mengendahkan bantahan seluruh ummat Islam dan badan-badan yang SAH mewakili Islam.

Dengan kebencian mereka terhadap Islam – seperti yang terbukti melalui artikel yang ditulis oleh Ahli Kanan Majlis Peguam dalam warta mereka yang menghina azan yang mana telahpun dijawab oleh YAB Perdana Menteri – adalah dikhuatiri tuntutan lain pula akan menyusul sehingga ciri-ciri keIslaman negara ini terurai. Pernah diperkatakan Malaysia hampir mencapai kedudukan sebagai sebuah Negara Islam, kalau tidak kerana campur tangan kuasa penjajah dan ketibaan orang-orang bukan Muslim. Apakah kita sekarang ini sedang menyaksikan negara kita mundur semula menjadi  negara sekular dengan Islam sebagai hiasan politik semata-mata?!

2.    Isu-isu yang Dibangkit Tidak ada Kena Mengena Dengan Hubungan Antara Agama

Tiada satupun perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat mereka ada berhubung dengan isu-isu orang-orang bukan Muslim. Malah isu-isu yang antaranya disebut di atas adalah kesemuanya berhubungkait dengan ajaran dan hak-hak orang Islam.

3.    IFC/IRC Mencabar Perlembagaan Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia

Sebagai suatu strategi bagi menentukan penubuhan IRC, hanya bentuk kasar pertubuhan ini sahaja diperkenalkan buat masa ini. Isu-isu yang dibangkitkan itu, sekiranya tidak diambil kira implikasinya, kelihatan seperti  munasabah: contohnya, mualaf yang ingin kembali kepada agama asal mereka apabila perkahwinan mereka dengan orang Islam gagal.

4.    IFC Akan Menjadi Badan Yang Boleh Mempersoalkan Hukum-hakam Islam

Berdasarkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan IRC badan ini akan diwakili oleh Islam dan yang bukan Islam dengan  kuasa untuk menerima aduan daripada penganut mana-mana agama terhadap agama Islam dan akan membuat keputusan

5.    IFC Bakal Campur Tangan Dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam

IFC semestinya akan campur tangan dalam susunan perlembagaan sedia ada yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam yang mana kuasa diberi kepada Raja-Raja, Majlis Agama Islam Negeri dan Badan-badan lain serta pegawai-pegawainya. IFC akan mendapat tentangan hebat daripada pihak-pihak tersebut. Implikasi bagi perpaduan ummah, hubungan di peringkat Persekutuan dengan Negeri dan cabaran kepada pentadbiran Islam yang sedang menghadapi pelbagai masalah, adalah serius.

MAKA, adalah menjadi tanggung jawab seluruh ummat Islam di negara ini supaya membantah cadangan penubuhan IRC/IFC ini. Membenarkan penubuhannya walaupun dalam bentuk yang paling sederhana sekalipun akan membuka ruang kepada lebih banyak lagi tuntutan untuk memperkukuhkannya sehingga ia dapat melemahkan Islam dengan  berkesan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s