PEMBELA: Islam terancam di Malaysia

sumber: Malaysiakini

Gabungan NGO Melayu-Islam, Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mendakwa agama Islam sedang diancam dan digugat di negara ini.

Jurucakapnya Yusri Mohamad, perkara itu dikesan melalui perkembangan terkini melibatkan hubungan Islam-Kristian.

NONETambahnya, pelantikan exco bagi menangani hal ehwal bukan Islam di Pulau Pinang dan pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang beragama Kritian Datuk Seri Idris Jala untuk menangani isu Bible berbahasa Melayu mengancam dan menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

Yusri berkata, tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan tentang pembentukan badan untuk hal ehwal bukan Islam.

Sehubungan itu, bekas presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) itu berkata, perkara itu menjadikan bidang kuasa Idris tidak menurut perlembagaan.

“Memang (ada ancaman). Walaupun PEMBELA sudah bergerak sebelum ini, seperti kes murtad Azlina Jailani. Ini bukan kali pertama kita bergerak.

“Ancaman atau gugatan ada musim; dan menjadi lebih serius. Ini ada kecenderungan… (menjadi) sesuatu tekanan kuat terhadap cara kita mengendalikan isu-isu agama berkaitan Islam.

Yusri berkata, pihaknya bimbang kepada usaha menyamatarafkan agama di negara ini.

‘Dia Kristian’

“Kalau pun tidak sampai kepada pluralime agama, kalau ada kecenderungan untuk tuntut layanan yag sama bagi agama lain sama seperti agam Islam, saya kira ia bercanggah dengan perlembagaan, sejarah, latar belakang dan amalam sedia ada serta mengga ganggu formula kestabilan,” katanya.

NONEKatanya, tindakan kerajaan melantik Idris menguruskan isu Alkitab juga salah kerana beliau beragama Kristian dan tidak boleh dikatakan tidak memihak.

“Dia menteri Kristian. Ini isu agama, bukan politik. Setakat ini kita faham yang formula 10 perkara tidak muktamad lagi… Kita harap tidak dimuktamadkan…

“(Ia) perlu ambil kira pandangan yang mewakili masyarakat Islam, majlis fatwa, ilmuan Islam, pertubuhan. (Ini) tidak berlaku dalam perbincangan yang lalu,” katanya.

Yusri berkata, isu itu patut diuruskan oleh Datuk Jamil Khir Baharom, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan perkara berkaiatan Islam bersama Tan Sri Koh Tsu Koon yang bertanggungjawab dalam perpaduan kaum.

Katanya, beliau merasakan kerajaan boleh bertindak dalam bidang kuasanya, tetapi dalam masa yang sama kumpulan Kristian didakwa menggunakan terma seperti “menodai” dan “mengotorkan” dalam mengetengahkan isu itu.

Sementara itu, Yusri berkata, PEMBELA – gabungan 80 NGO – akan mengadakan persidangan pada Sabtu untuk membincangkan isu berkaitan kedaulatan Islam di Malaysia.

Tema berhubung tindakan umat Islam ketika Islam digugat akan diketengahkan dalam acara yang terbuka kepada semua umat Islam.

Berbalas pantun

Ia akan menyentuh pelbagai topik, aantaranya isu Alkitab, isu pertukaran agama dan kebebasan beragama.

Hasil perbicangan itu akan dikemukakan kepada kabinet, perdana menteri, Majlis Raja-raja, parti politik dan mufti, kata Yusri.

NONEMengulas laporan polis terhadap PEMBELA sebelum ini, Yusri menafikan gabungan itu bukan kumpulan ekstrimis seperti didakwa.

“Boleh buat repot polis, ini negara merdeka. Tetapi biar ada asasnya. Dan kalau nak repot, tak (perlu) besar-besarkan satu isu. Ini ada unsur kecenderungan untuk besar-besarkan isu yang tiada.

“Masyarakat Islam dan bukan Islam boleh kaji latar belakang kami, kami bukan pemain baru dalam jaringan pertubuhan Islam. Kita bukan kumpulan ekstrimis. Kita buat perhimpunan aman, selepas solat, secara terkawal,” jelasnya.

“Mungkin ada dalam perhimpinan ada ucapan yang berbunyi garang dan tegas. itu biasa dalam demonstrasi. Takkan nak berbalas pantun di situ.”

Beliau menafikan ada pemimpin PEMBELA yang mengeluarkan kenyataan “akan bertumpah darah” terhadap kumpulan kristian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s