Ada Golongan Muda Islam Yang Keliru Tentang Konsep Keislaman

sumber: Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Ada segelintir golongan muda Islam di negara ini yang masih keliru dengan konsep ketuhanan Allah dan kesucian Islam yang perlu dipertahankan sebaliknya terikut-ikut berfikiran liberal sehingga sanggup menggadaikan agama mereka, kata Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin.

Beliau berkata beberapa isu dalam negara berkaitan penggunaan kalimah Allah dan pergerakan membawa masuk orang Islam ke agama Kristian mudah mengelirukan mereka sehingga hilang arah apa yang mereka inginkan.

Beliau berkata golongan ini boleh berpendapat seperti kalimah Allah itu boleh digunakan oleh semua agama tidak kira Islam dan proses pertukaran agama dari Islam kepada agama lain perlu diberi kebebasan kerana bagi mereka itu adalah hak masing-masing memilih agama.

“Perkara ini perlu diberi perhatian kerana remaja seperti ini keliru akibat daripada perbuatan golongan yang berkepentingan dalam menjalankan misi agama mereka.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu engaged (berhubung) dengan mereka ini dan berikan penjelasan untuk menghilangkan kekeliruan mereka terutamanya agenda pihak tertentu yang mahu menyebarkan fahaman agama lain dalam kalangan umat Islam di negara ini,” katanya.

Zulkifli ditemui pemberita di sini ketika hadir pada Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Se Malaysia di Bangunan Pusat Islam di sini Sabtu anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

Beliau berkata selain itu, isu murtad juga perlu diberikan penjelasan kepada umat Islam yang keliru dengan hak kebebasan beragama yang kononnya diperjuangkan oleh banyak pihak.

“Kira-kira 10 tahun dulu perkara ini baru bermula, banyak pihak melenting bila mengetahui mengenai isu murtad ini, perkara ini juga perlu diberi penjelasan agar umat Islam tidak terus terkeliru,” katanya.

Zulkifli menganggap ketika ini isu murtad sudah sampai ke tahap kritikal dan ia perlu diberi perhatian.

“Jika dulu, mereka (agama lain) tidak berani nak mencabar kita mengenai isu-isu ini, semenjak beberapa lama kebelakangan ini mereka sudah berani mencabar kita.

“Kita harap rakyat sesama Islam ini bersatu terutamanya dalam politik kerana Islam majoriti dalam Parlimen, kenapa perlu berpecah…? Ketika inilah mereka menggunakan kelemahan perpecahan ini untuk membuat pelbagai tuntutan,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s