Agenda Jadikan Kristian Agama Rasmi Persekutuan Serius – Hishammuddin

sumber: Bernama

BESUT, 7 Mei (Bernama) — Laporan berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius, kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

“Sama juga dengan isu kaum, kalau satu kaum bawa satu perkara berlebih-lebih sangat, ia akan mengundang reaksi dari kaum lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut di sini, Sabtu.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan wakil Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Hishammuddin yang Juga Naib Presiden Umno mengulas laporan media berhubung dakwaan adanya satu majlis pertemuan tertutup paderi yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Hishammuddin berkata beliau kini menunggu laporan berhubung apa yang di bincangkan pada majlis itu.

“Tapi saya lebih suka berdepan dengan mereka yang tidak fahami benda sebenar, kita beri penjelasan perkara-perkara yang dikipas dan diapi-apikan oleh pihak tertentu.

“Bila kita dah beri semua penjelasan, mereka masih lagi mengheret kepada perpecahan saya rasa polis akan buat keputusan nanti, tapi bukan saya (yang akan ambil tindakan), nanti kita dituduh berpolitik pula,” katanya.

Katanya dalam menangani isu seumpama ini, kerajaan mementingkan keselamatan dan sentiasa memantau perbuatan-perbuatan yang boleh menimbulkan isu keselamatan.

“Semua saya pantau, bukan sahaja kumpulan ini, yang ekstremis Islam pun ada, yang nak balas kematian Osama bin Laden (pemimpin Al-Qaeda),” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis akan menyiasat dakwaan tersebarnya satu lagi video seks yang didakwa membabitkan ketua pembangkang yang dipercayai dicetak di Thailand.

“Seperti biasa, bersandar pada laporan polis, polis siasat perkara ini dan kalau salah, polis akan ambil tindakan. Tiada siapa boleh letak diri mereka melebihi undang-undang termasuk trio ‘Datuk T’. Kalau salah tetap salah,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s