Jakim tarik balik sijil halal

sumber: Harian Metro

PUTRAJAYA: Sijil pengesahan halal sebuah syarikat pengeluar daging dan produk nilai tambah berasaskan ayam seperti sosej dan bebola daging yang beribu pejabat di Pulau Pinang ditarik balik serta-merta berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat terbabit.

Menurut laman web Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), keputusan itu dibuat pada mesyuarat Panel Pengesahan Halal yang diadakan pada 22 April lalu.

“Kajian terhadap produk keluaran syarikat berkenaan mendapati terdapat DNA babi, menyebabkan sijil halal syarikat itu ditarik balik serta-merta.

“Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru sijil halal yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit perlu menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal diiktiraf,” kata kenyataan dalam laman web itu.

Selain itu mereka juga perlu mengemukakan resit pembelian produk baru, melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri.

Tindakan itu diambil selepas mendapati syarikat itu melakukan kesalahan serius dalam Pensijilan Halal Malaysia (PHM) kerana membabitkan hukum syarak dan aspek teknikal.

Antara kesalahan membabitkan hukum syarak termasuk pengesahan status tidak halal terhadap produk, bahan ramuan dan peralatan oleh pihak berkuasa agama yang diiktiraf selepas dipersetujui Panel Pengesahan Halal, menggunakan ramuan tidak halal selepas memiliki sijil halal dan menyimpan bahan ramuan atau produk halal dengan tidak halal di tempat sama.

Kesalahan lain termasuk menggunakan peralatan dan perkakasan yang bercampur antara halal dengan tidak halal, memproses kenderaan yang tidak sempurna sembelihannya dan membawa masuk bahan tidak halal ke premis atau syarikat yang mendapat PHM serta menggunakan ‘stunning’ menyebabkan haiwan mati.

Kesalahan dari segi teknikal pula adalah perpindahan premis atau kilang tanpa memaklumkan Jakim, perubahan pengurusan dan nama syarikat tanpa memaklumkan kepada Jakim, penyembelih dan pemeriksa yang tidak memiliki tauliah atau tamat tempoh serta penggunaan ‘stunning’ tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

One thought on “Jakim tarik balik sijil halal

  1. pasai susah sangat nak bagitau nama syarikat..nama produk..nk takut ke kerajaan ke nk takut kt Allah.
    Kita bgtau terang2 senang supaya umat Islam tak confius..tertanya-tanya… nk selamat keluarga sendiri ka nk umat umat Islam..fikir-fikirkan lah…
    aku sendiri pn dok pikiaq, jenama apa? sbb anak2 aku peminat sosej…tolong la pd yg berkenaan klu nk istihar produk HALAL dan HARAM, sebut sj la jenama sekali..apa kita nk takut ALLAH ada….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s