Kristian pujuk untuk murtad secara halus

Ekoran laporan pemeriksaan JAIS ke atas gereja di Damansara, di bawah adalah apa yang dilaporkan dalam Harian Metro.

Perhatian: Istilah “serbuan” pun adalah tidak tepat. Baca kenyataan media Datuk Dr. Hassan Ali – klik.

Pujuk cara halus

BUKTI...antara risalah dan kitab Kristian yang diberikan gereja kepada wanita berkenaan

KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

 
Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

2 thoughts on “Kristian pujuk untuk murtad secara halus

  1. Pengakuan dem-pegakuan, pendedahan demi pendedahan telah kita
    dengar dan saksikan samada ada melalui individu @ agensi @ pihak yg menyiasat, yg malang dan sedihnya semua pengakuan dan pendedahan itu bukan sahaja tidak mahu dipercayai bahkan ianya dinafikan begitu sahaja tanpa usul periksa yang teliti. Seolah-olah orabg Islam yang membuat pengakuan dan pendedahan itu adalah pihak yang salah dan penipu. Akan timbullah cerita bahawa ada pihak yg bermain politik dgn melakukan perkara 2 yg menimbulkan kemarahan kaum atau pihak tertentu supaya ianya akan menjadi isu dalam PRU akan dtg. Bagi saya sebenarnya orang 2 atau politikus2 seperti ini sebenarnya telah hanyut dalam arus politik yg di ceburinya
    dan semakin lemas dan cemas dlm pergelutan politiknya sehingga tidak lagi dpt melihat hala tuju asal perjuangan dan matlamat politiknya. Jika tidak setuju dengan tindakan pihak tertentu bukan bererti pihak itu bersalah dan sekiranya ada kekangan untuk menyokong maka janganlah “pihak tertentu” itu dituduh atau diperlakukan sebagai orang yang tidak bertamaddun.

  2. Malaysia kan banyak Pusat Zakat. Kutip zakat berjuta-juta tapi mana perginya wang zakat tu? Sapa makan? Bukan ke asnafnya sudah ditentukan. Jangan la orang kaya makin kaya makan duit zakat. Orang miskin jadi kafir sebab tak dapat duit zakat……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s