Terima hakikat Islam agama rasmi – PUM

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Semua pihak termasuk orang bukan Islam diminta menerima hakikat serta akur bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, sehubungan itu, tidak sepatutnya ada pihak yang tampil mempertikaikan perkara tersebut ataupun cuba mengganggu-gugat agama Islam di negara ini.

“PUM amat bertegas dalam isu-isu terutamanya yang melibatkan umat Islam demi untuk mempertahankan akidah umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama yang dikatakan menjalankan kegiatan menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam, baru-baru ini.

Mohd. Roslan berkata, kepercayaan penuh harus diberikan kepada JAIS selaku pihak berkuasa agama untuk menjalankan tugas mereka khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di Selangor.

“PUM berpandangan adalah menjadi tanggungjawab JAIS untuk menjaga hal ehwal Islam di Selangor, lebih-lebih lagi dalam isu-isu akidah yang merupakan perkara teras dalam Islam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin),Datuk Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir berkata, semua pihak perlu menghormati sensitiviti agama dan budaya rakyat negara ini.

Sehubungan itu, katanya, rumah ibadat merupakan institusi kedua terbesar di dunia yang perlu mengambil peranan mempromosikan hubungan positif antara agama selepas institusi pendidikan.

“Bagi memastikan ia berjaya, Accin meminta usaha memurtadkan penganut Islam dihentikan dengan segera.

“Ini bersesuaian dengan semangat hubungan antara agama dan peruntukan Perlembagaan di mana Islam adalah agama Persekutuan, agama lain boleh diamalkan dengan menghormati agama Islam dan sensitiviti umatnya,” ujar beliau lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s