Jais: Kami tak serbu, hanya ‘pemeriksaan untuk pastikan kehadiran Muslim’

Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Selepas lebih seminggu laporan media, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini tampil membuat penjelasan berhubung kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dan menegaskan ia hanya “pemeriksaan biasa untuk memastikan kehadiran orang Islam.”Tegas Pengarah Jais Marzuki Hussin, pemeriksaan itu dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 berdasarkan maklumat majlis makan malam muhibah itu diadakan di sebuah gereja.

“Jais hari ini menegaskan kepada umum bahawa tiada ‘serbuan’ yang dilakukan pegawai penguatkuasa Jais dan polis di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu sebaliknya hanyalah pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam.

“Pada hari itu pemeriksaan dilakukan berdasarkan maklumat bahawa majlis ibadat berbuka puasa akan diadakan bersama majlis makan malam muhibah di sebuah gereja,” katanya menambah pemeriksaan telah dilakukan kira-kira pukul 9.45 malam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s