Kenyataan Media PEMBELA – Seminar SEMAIAN

KENYATAAN MEDIA

 

PEMBELA DAN DAMAI ANJURKAN SEMINAR MENDAULATKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA PADA 17 OGOS 2011 MASIHI BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1432 HIJRAH

 

Bersempena dengan hari cuti umum bagi memperingati Nuzul Al-Qur’an di peringkat Negeri Selangor, Pertubuhan-pertubuhan Islam yang bernaung di bawah nama PEMBELA bersama-sama dengan Dewan Amal Islami (DAMAI) akan menganjurkan “Seminar Mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara” (SEMAIAN) pada 17 Ogos 2011 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1432 Hijrah, bertempat di Dewan Solat Bawah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

 

Di antara objektif seminar ini adalah untuk menyemarakkan kefahaman masyarakat umum tentang kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah termaktub di dalam sejarah dan lembaran kemerdekaan Negara, serta mewujudkan kesedaran tentang cabaran-cabaran yang sedang melanda dalam usaha mempertahankan kesucian aqidah umat Islam di Negara ini.

 

Program yang akan bermula dari jam 2 petang itu akan dimulakan dengan upacara sambutan Nuzul Al Qur’an dan Pelancaran Gerakerja SEMAIAN peringkat Negeri Selangor oleh SS Dato’ Setia Mohd Adzib Bin Isa, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan akan disusuli dengan pembentangan dua kertas kerja oleh Ustaz Abdullah bin Zaik, Presiden Ikatan Muslimin Semalaysia (ISMA) bertajuk “Ancaman terhadap Kedudukan Islam di Malaysia) dan Hj. Mahamad Naser Disa, Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara bertajuk “10 Salah Tanggapan mengenai Kedudukan Islam di Malaysia).

 

Seterusnya seminar tersebut akan diserikan dengan forum “Mempertahankan kesucian Aqidah Islam” pada sebelah petang dari jam 5 hingga 7 petang dengan menampilkan dua panelis iaitu Hj. Mohamad Naser Disa dan Dato’ Hj. Zainurijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

 

Orang ramai adalah sangat dialu-alukan untuk menyertai seminar ini. Rakyat Selangor khususnya yang bercuti sempena Nuzul Al Qur’an, dianjurkan untuk beramai-ramai hadir ke seminar yang sangat penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai isu-isu yang melatari mauduk Islam dan Perlembagaan di Negara kita. Penyertaan adalah percuma.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Wan Burhan di talian 016-395-6497

 

Sekretariat PEMBELA

16 Ogos 2011 bersamaan 16 Ramadhan 1432 Hijrah

https://membelaislam.wordpress.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s