PEMBELA Bantah SEKSUALITI MERDEKA dan Semua Bentuk Aktiviti Yang Mempromosi dan Cuba Mengiktiraf LGBT

Kenyataan Media PEMBELA

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) membantah dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya festival Seksualiti Merdeka dan siri program berkaitan LGBT yang telah dan akan dianjurkan oleh beberapa NGO, artis dan aktivis atas nama hak asasi manusia.

PEMBELA menolak percubaan kelompok Liberal, Plural dan Sekular yang ghairah menjadi hamba kepada agenda globalisasi dan ingin mengheret masyarakat negara Malaysia meniru gaya budaya hidup songsang lagi menjijikkan.

Festival dan agenda-agenda sedemikian mempunyai niat tersirat untuk menggerakkan kempen dan advokasi yang berterusan untuk merubah nilai dan landasan akhlaq masyarakat Malaysia yang berteraskan ajaran Islam sebagai agama negara.

Kempen ini ternyata bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan, Kanun Kesiksaan dan Jenayah Syariah (bagi muslim) kerana ia  menyeru orang ramai untuk menjalani kehidupan seks luar tabi’i yang merupakan suatu jenayah.

PEMBELA menggesa pihak Polis mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang semua pihak yang terlibat sebagai penganjur atau peserta.

PEMBELA juga menuntut semua kepimpinan Majlis Peguam dan SUHAKAM untuk meletakkan jawatan kerana gagal mendaulatkan undang-undang  dan sebaliknya mempromosi gaya hidup tidak bermoral dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Pendekatan apologetik terhadap perlakuan sumbang dan tidak bermoral golongan LGBT ini harus dihentikan serta-merta kerana ternyata ia telah meruntuhkan institusi kekeluargaan dan memporak-perandakan norma-norma  masyarakat bertamadun.

Kami mengambil prihatian serius terhadap usaha kelompok ini yang mahu mengetengahkan hak LGBT sebagai hak asasi manusia di negara ini. Ini akan pasti mewujudkan kontroversi yang sepatutnya tidak timbul atau digalakkan timbul di negara ini kerana budaya dan gaya hidup Barat dalam isu hak LGBT ditolak di negara ini.

Aliran pemikiran Sekular, Plural dan Liberal yang menjadi kerangka pemikiran mereka akan membentuk masyarakat yang merungkai hukum agama dan menjadikan agama hanya sebagai budaya ritual di peringkat peribadi semata-mata.

Justeru, perbincangan yang mengarahkan kepada menjadikan amalan hidup LGBT sebagai gaya hidup di Malaysia tidak harus diketengahkan di negara ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s