NGO Islam Bantah Resolusi PBB Iktiraf LGBT

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) — Sekumpulan 47 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Jumaat mengadakan perhimpunan aman di Masjid Negara di sini bagi membantah resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf kedudukan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Antara NGO yang menyertai perhimpunan selepas solat Jumaat itu ialah Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia.

Pengerusi Pembela Aminuddin Yahya berkata pihaknya dan NGO Islam lain mahu memastikan aktiviti LGBT di negara ini tidak menyalahi lunas agama dan nilai kemanusiaan.

Pembela juga akan terus menentang usaha yang mengetengahkan nilai-nilai yang menyalahi fitrah kemanusiaan, sekaligus mengelak kekeliruan terhadap orang ramai, katanya kepada pemberita pada perhimpunan itu.

Pada 17 Jun 2011, PBB meluluskan resolusi mengiktiraf kedudukan lesbian, gay, bisexual dan transgender dalam konteks orientasi seksual, kesamarataan gender dan perkahwinan sejenis.

– BERNAMA

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s