Awasi Bahaya IFC!

(sepertimana disiarkan dalam Harakah Mei 2006)

Penentangan terhadap percubaan menubuhkan IFC ditolak semua pihak beragama Islam, tanpa mengira kepentingan dan fahaman politik. Bahayanya cukup jelas, manakala penganjur IFC menggunakan pelbagai kaedah halus untuk menjayakan hasrat jahat mereka. Tulisan ini memberi gambaran menyeluruh tentang muslihat di sebalik kempen berkenaan, yang mendapat bantahan baru-baru ini di Pulau Pinang.

 

 

Apakah Interfaith Commission (Suruhanjaya Antara Agama – IFC)?

 

IFC, yang didesak itu, adalah suruhanjaya yang berkuasa menerima dan melayan aduan berkaitan agama yang boleh dibuat oleh mana-mana pihak, sama ada oleh pengikut agama itu ataupun bukan. IFC pada amnya mirip Suhakam tetapi kuasa IFC lebih kuat dan pengkhususannya adalah agama.

 

Sebagai sebuah badan berkanun ia mempunyai kuasa undang-undang bagi mengubah ajaran mana-mana agama (terutama sekali Islam), walaupun atas desakan penganut agama lain.

 

Badan ini berfungsi seolah-seolah sebuah mahkamah dan segala keputusannya mengikat badan pentadbiran agama berkenaan. Dan jika tidak dihiraukan, ia boleh dipaksa melaksanakannya melalui perintah Mahkamah Sivil.

Misalnya, Majlis Agama Islam boleh diperintah mahkamah sivil meluluskan permohonan gadis Islam yang hendak murtad, atas aduan yang dibuat oleh teman lelakinya yang bukan Islam, supaya mereka boleh berkahwin, tanpa yang bukan Islam itu memeluk Islam.

 

 

Siapa yang mencadangkan penubuhan IFC?

 

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, and Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.

 

 

Siapa yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

 

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC telah selepas menerima memorandum daripada MCCBCHS yang bertungkus-lumus mendirikannya dengan beberapa aktiviti bagi mendapat sokongan awam. Antaranya adalah:

 

 

1. Majlis Peguam adakan jawatankuasa yang diketuai beberapa peguam, dan dianggotai oleh ahli MCCBCHS dan juga, pada mulanya ,wakil beberapa NGO Islam seperti ACCIN, dan juga Sisters In Islam, JUST, peguam yang menjuarai ÔhakÕ murtad seperti Malik Imtiaz, dan Harris Ibrahim yang ketuai satu golongan yang berkait dengan Ayah Pin, dan juga Kassim Ahmad.

 

Dalam beberapa mesyuarat yang diadakan wakil ACCIN tidak diberi penjelasan benar bagi tujuan sebenar IFC walaupun ditanya beberapa kali.

 

2. Pada 17 Mac 2003, bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IFC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya itu iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang terawal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun, Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

 

3. Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IFC diadakan dan telah diumumkan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini dianjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribut pejabat di Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

 

 

Apakah matlamat penubuhan IFC?

 

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam. Ini jelas daripada Memorandum tersebut.

 

Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

 

Menurut Memorandum MCCBCHS tuntutan mereka seperti berikut:

 

1. Orang Islam hendaklah diberi hak murtad tanpa permohonan ke Mahkamah Syariah. Ini adalah hak yang diberi Artikel 11 Perlembagaan. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

 

2. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

 

3. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

 

4. Tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa dia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

 

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

 

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

 

8. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

 

9. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

 

10. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

 

11. Sepatutnya Islam tidak tersebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

 

 

Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

 

Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

 

A. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal-ehwal agama Islam

 

IFC jelas sebuah suruhanjaya anti-Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan – Kebebasan Beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campur tangan dalam urusan Islam. Campur tangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.

 

B. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan akidah.

 

Menurut deraf rang undang-undang IFC yang dikemukakan di persidangan tersebut, IFC akan berkuasa melaksanakan beberapa norma-norma undang-undang antarabangsa seolah-olah ia adalah undang-undang Malaysia, bagi memutuskan aduan pencabulan hak mengenai agama. Ini bererti aduan tidak akan diselesaikan mengikut agama seseorang ataupun undang-undang sivil Malaysia.

 

Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:

 

Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
Konvensyen mengenai hak kanak-kanak
Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidak-toleransi dan diskriminasi berdasarkan agama
Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewarganegaraan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti
Deklarasi Vienna dan pelan tindakan

 

Semua norma antarabangsa tersebut belum disahkan Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang-orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ia menjejaskan akidah seorang Muslim.

 

Walaupun PBB mengisytiharkan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948, badan itu tidak berhasrat dan tiada percubaan di mana-mana pun di dunia ini dibuat tengan tujuan mendirikan satu badan seperti IFC. Tidak menghairankan kenapa kerajaan PM Abdullah Ahmad Badawi dan juga Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang menolak cadangan mendirikan IFC itu.

 

C. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja

 

Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

 

D. Orang Islam bebas untuk murtad

 

Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan Òsetiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama …Ó (Artikel 18). Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

 

E. IFC berhak menentukan status agama seseorang

 

Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan  ahli-ahli IFC yang di antaranya adalah orang bukan Islam. Ini  campur tangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s