Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah

Dalam kita bertelingkah dan enggan berkerjasama demi agama dan bangsa, mubaligh-mubaligh Kristian berkeliaran masuk kawasan penduduk Melayu menyebar dakyah mereka.

Ini yang dapat dirakam oleh Pertubuhan Pembela Islam sekitar taman perumahan berdekatan Kampung Pandan yang boleh dikatakan seluruhnya penduduk beragama Islam.

Mereka dilihat datang dalam kumpulan lebih 20 orang kemudian berpecah kepada beberapa kumpulan kecil berselerak sekitar kawasan perumahan tersebut.

Beberapa orang mubaligh dilihat menghala ke kawasan perumahan orang-orang Melayu

Dapat dilihat mubaligh ini cuba berdakyah dengan orang Melayu yang kemudiannya tidak melayan mereka

Setelah kami pergi bersemuka, mereka cuba mengelak serta berdalih menyembunyi kerja jahat mereka dan kemudian beredar lari.

Kumpulan ini akhirnya beredar lari menghala ke tempat mereka meninggalkan kereta mereka (di sekitar Taman Nirwana, Kg. Pandan) yang agak jauh dari tempat mereka membuat dakyah Kristian mereka.

Satu lagi pecahan kumpulan ini turut merasa tidak selesa apabila kami merakam setiap tindak tanduk mereka dan akhirnya beredar dari kawasan itu.

Kumpulan lebih 20 orang berbangsa Cina ini dikepalai oleh seorang lelaki Mat Salleh (lihat gambar di atas).

Kesemua mereka berjalan membawa beg yang berisi dengan risalah Kristian dan setiap mereka membawa payung.

Pantau dan pastikan kawasan anda selamat dari anasir-anasir jahat ini.

Bersihkan kawasan anda dari pendakyah Kristian ini.

12 thoughts on “Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah

  1. Pingback: Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah « Karim’s Blog

  2. Assalamualaikum. Saya membaca pendedahan oleh AIDC yang mendedahkan seruan oleh Persekutuan Kristian Malaysia. Saya baca setiap seruan yang dibuat dan memahami niat terselindungnya. Harapan saya, janganlah Malaysia terjerumus ke arah itu. Nauzubillah.

    http://www.anwaraidc.com/?p=26425

  3. malangnya apabila perkara ini diadukan kepada pihak yang berkuasa, jk masjid ianya seolah2 tidak diendahkan bahkan merasa takut untuk bertindak mempertahankan kesucian dan kedaulatan Islam… mulalah nak memastikan bahawa tindakan menghalang dakyah mengikut peruntukan enakmen ataupun tidak…takkan kita nak tunggu mereka berdakyah dimasjid baru nak bertindak??

  4. Haha, gara2 kerajaan yg tidak mahu melaksanakan hukum Allah, maka lg senang bg mubaligh kritian untuk bertindak… mananya tak, pabila dilihat kerajaan tidak memperjuangkan serta mensucikan Islam, maka makin beranilah mereka. Apa pulak unit amal atau pas?

  5. Ramai yang bertanya dimanakah pembela islam pada masa mubaligh kristian buat round mereka. Jawapan nya adalah pada diri anda sendiri, setiap orang yang beragama islam.

  6. Tu la,lain kali kalo orang tabligh datang,buat ziarah keliling kampung,dakwah kepada Allah,amal sunnah,ajak sama-sama hidupkan masjid,ajak sama-sama risau bimbang tentang iman kariah pakat-pakat ikut skali.Baru depa gerun kerana Islam sedang HIDUP & BEGERAK! mcm zaman Rasullah,Dakwah bergerak dari lorong ke lorong,pintu ke pintu promosi tentang kelebihan hidupkan agama, baru suasana agama hidup,bila suasana hidup,buah bicara agama bukan stakat di masjid,baru kebesaran Allah akan ada dlm hati.Bila time tu,makcik tgh sapu rmh pun bole perambat depa dgn penyapu! pasai apa? pasai time tu, org kmpung dh jatuh cinta dgn Allah,jatuh cinta dgn AGAMA.

  7. Assalamualaikum, pada pendapat saya kita tak perlu tunggu kerajaan ambil langkah untuk menangani masalah ni. kita sebagai seorang muslim sendiri patut ambil inisiatif.saya rasa ada banyak NGO islam yg aktif dan mungkin mampu melakukan sesuatu.ini sudah kes berat sanggupkah kita masih berpejam mata?ini bukan soal parti politik lagi, jika PAS bersedia utk mengorak langkah maka kita bergerak bersama PAS, jika kerajaan mahu bertindak, kita berikan segala sokongan yang diperlukan.

  8. Salam kpd semua ini bukan lagi waktu tuduh menuduh sepatut nya kita sebagai umat islam tanggong jawap kita adalah membela islam setiap individu bertanggongjawap d hadapan Allah d akhirat bukan pas semata2dan juga bukan kerajaan semata2 tetapi tanggongjawap bersama kerana masaalah agam a bukan poliktik

  9. Pingback: Majlis Agama Islam Boleh Ambil Tindakan Terhadap Cubaan Murtadkan Umat Islam « Demi Membela Al-Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s