dari Utusan:
Aminudin Yahaya (tiga dari kiri) bersama wakil-wakil pertubuhan Islam mendesak Karpal Singh supaya membuktikan adanya perkataan sekular di dalam Perlembagaan negara pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN-MOHD. NOOR MAT AMIN
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar membuktikan perkataan ‘sekular’ yang dilaung-laungkan selama ini adalah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya kesal apabila pemimpin DAP itu berulang kali mengatakan Malaysia adalah negara sekular sedangkan Perlembagaan telah menetapkan Islam adalah ‘Agama Negara’.
“Saya mencabar Karpal Singh untuk membuktikan adanya perkataan sekular di dalam Perlembagaan Persekutuan, sekiranya dia gagal, saya minta dia meletakkan jawatan dalam DAP dan membubarkan parti itu yang tidak putus-putus memperjuangkan agenda sekular di negara ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.