Pembela: Usah kelirukan rakyat

TUAN NURSUHAILA RAJA MUHAMMAD 13 Ogos 2012
Pembela: Usah kelirukan rakyat
Pembela mencabar Karpal Singh buktikan wujud perkataan sekular dalam Perlembagaan Persekutuan.

BANDAR BARU BANGI – Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) memberi masa dua minggu kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk membuktikan bahawa ada perkataan sekular di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, Karpal Singh sebelum ini membuat kenyataan yang mengelirukan seluruh rakyat Malaysia apabila mengatakan Tun Salleh Abbas memutuskan Malaysia adalah negara sekular dalam kes Che’ Omar Che’ Soh.

Sedangkan katanya, Tun Salleh dalam kes tersebut hanya berpendapat undang-undang yang dilaksanakan di negara ini pada waktu itu (1988) adalah undang-undang sekular.

“Tun Salleh tidak sama sekali memutuskan Malaysia negara sekular malah tiada sepatah pun ungkapan sekular termaktub dalam undang-undang tertinggi negara,” katanya selepas sidang media di pejabat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), semalam.

Hadir sama, Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman; Presiden Pertubuhan Muafakat, Ismail Mina; Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Azril Mohd Amin dan Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali.

Aminuddin berkata, sekiranya Karpal Singh gagal mengemukakan bukti, beliau perlu meletak jawatan dan membubarkan DAP kerana perjuangan parti tersebut meletakkan prinsip sekular yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, pendirian mana-mana parti politik yang mendukung unsur menentang kedaulatan Islam sebagai agama negara adalah bercanggah dengan prinsip Rukun Negara.

“Disebabkan itu, bagi mengelakkan salah tanggapan sebegini terus menular dalam kalangan rakyat dan pentadbir negara, Pembela memohon perkenan Raja-Raja Melayu untuk menubuhkan Suruhanjaya Kedaulatan Agama Negara (SKAN) sebagaimana yang diluluskan dalam resolusi Kongres Majlis Agama Islam seluruh negara tahun lalu,” katanya.

Aminuddin berkata, pihaknya turut memohon perkenan untuk mengenakan tindakan pendakwaan terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencetuskan perasaan tidak menghormati agama negara.

One thought on “Pembela: Usah kelirukan rakyat

  1. Semua orang mesti hormat Perlembagaan negara. Menurut Perlembagaan, Islam ialah agama Persekutuan. Jadi Karpal Singh tidak boleh kata Malaysia negara sekular. Macam mana Karpal Singh dan pemimpin PR nak jadi ketua kalau mereka tak tahu yang Malaysia bukan negara sekular? Adakah mereka tak faham Perlembagaan Malaysia atau saja nak rosakkan Perlembagaan Malaysia? Saya belajar dari Uncle Mahamad Naser Disa. Mereka pun patut hadiri wacana-wacana supaya dapat belajar pasal banyak perkara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s