Kristian Berdoa Sepanjang Ramadhan Untuk Orang Islam Murtad

Ya. Para Evangelis Kristian melaksanakan kempen untuk mendoakan agar orang Islam dimurtadkan dan meninggal dua kalimah syahadah untuk mempersaksikan Jesus di bulan Ramadhan ini.

Pelbagai kempen seumpama ini dilakukan oleh puak-puak evangelis. Antaranya disebut sebagai “30 Days of Prayer for the Muslim World” bermula 9 Julai sehingga 7 Ogos untuk tahun ini. Kempen sebegini telah bermula semenjak 20 tahun lalu lagi.

Kempen ini adalah:

30-Days of Prayer is a Christian, international movement of intercession for the Muslim world. We create prayer booklets coinciding with the Islamic month of Ramadan. Our goal is to pray for all Muslim people groups until all are reached. We have been encouraging, educating and enabling since 1993.

Kempen sebegini lengkap dengan pelbagai poster dan risalah kecil untuk panduan orang-orang Kristian memurtadkan orang Islam termasuk di dalam bahasa Melayu.

Apakah pula umat Islam lakukan di bulan Ramadhan yang mulia ini? Apakah kita semua tidak ambil kesempatan di bulan ini untuk mempertingkatkan amalan serta mendoakan agar agenda musuh dipatahkan dan agar membuka pintu hati kenalan kita, jiran kita, rakan sepejabat dan seluruh rakyat jelata yang belum lagi Islam untuk menerima dua kalimah syahadah ini?

********

Datanglah untuk mendengar dan melihat sendiri (dengan tayangan slide dan video) banyak lagi pendedahan strategi terkini agenda pendakyah evangelis Kristian melakukan tipu helah untuk umat Islam terutamanya di Malaysia kita ini – Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia.

AJAK KAWAN DAN SAUDARA MARA ANDA BERSAMA. SEBARKAN MAKLUMAT INI LAGI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s