Pembaharuan teras kepimpinan PEMBELA dan ikrar terus membela Islam

Kenyataan Media

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

4 Februari 2014 / 4 Rabi’ul Akhir 1435

Pembaharuan teras kepimpinan PEMBELA dan ikrar terus membela Islam

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) seperti yang diketahui umum, adalah merupakan gabungan strategik yang menghimpunkan pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia dari pelbagai genre atas tujuan khusus membela kedudukan dan maruah Islam di negara ini yang seringkali dicabar. Mempunyai sejarah perjuangan yang panjang sejak dari era kes Lina Joy suatu ketika dahulu, PEMBELA terus menjuarai isu-isu semasa Islam termasuklah percubaan dari puak pelampau Kristian yang cuba menyamakan istilah ‘God’ dengan nama suci Allah dan yang terbaru, ancaman COMANGO.

Sepanjang tempoh tersebut, kepimpinan PEMBELA telah mengalami pembaharuan dari masa ke semasa, sesuai dengan imej PEMBELA yang tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik atau ‘non partisan’. Kemaskini juga membolehkan ancaman terhadap Islam yang semakin pelbagai, dapat diatasi secara lebih rapi dan tersusun. Ini termasuklah pewujudan jaringan MuslimUPRo yang bersifat khas dalam mendepani percubaan merubah landskap dan budaya masyarakat Islam di negara kita melalui proses UPR, di peringkat PBB.

Minggu lepas, kepimpinan PEMBELA telah melalui satu lagi sesi kemaskini. Ustaz Mohamed Hafiz Nordin (GABUNGAN) telah dipilih sebulat suara sebagai Pengerusi PEMBELA yang baru bagi menggantikan Dr. Yusri bin Mohamad (ISSI) yang mengundur diri atas faktor tugas yang baru. Tuan Haji Aminuddin Yahaya (mewakili ISMA) pula telah dipilih bagi menggantikan En Azril bin Mohd Amin (mewakili PPMM) sebagai Timbalan Pengerusi PEMBELA yang baru. En Azril bin Mohd Amin perlu memberikan lebih penumpuan kepada agenda MuslimUPRo sementara Tuan Haji Aminuddin Yahaya yang juga Timbalan Presiden ISMA pernah mengetuai jaringan PEMBELA sebelum ini.

Ustaz Mohamed Hafiz Nordin bukanlah nama yang asing dalam arena perjuangan Islam. Berasal dari Butterworth, Pulau Pinang, beliau adalah juga merupakan mantan Ketua Pemuda PAS negeri. Sedikit berkenaan latarbelakang, Ustaz Hafiz beroleh pembelajaran awal di Pondok Pokok Sena, Kedah dan di Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu. Seterusnya beliau meneruskan pembelajaran agama beliau di Mesir dan di Madinah sebelum kembali ke tanah air dan menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Kini bergerak atas Pertubuhan Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (GABUNGAN), Ustaz Hafiz merupakan suara lantang di Pulau Pinang yang tidak jemu-jemu mempersoalkan dasar-dasar kerajaan negeri yang mencabar kedudukan Islam dan maruah ummah. Atas dasar ilmu dan kelantangan beliau, jaringan pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam PEMBELA telah membuat keputusan memilih Ustaz Hafiz untuk mengetuai PEMBELA.

Melalui kepimpinan baru, PEMBELA berikrar akan terus memperjuangkan hak-hak dan maruah Islam serta umatnya. PEMBELA akan terus lantang di dalam apa-apa isu yang melibatkan Islam dicabar dan dan dihina tanpa mengira warna kulit atau warna parti. Kita bermohon ke hadrat Allah SWT, agar kekuatan akan terus diberikan kepada PEMBELA dan seluruh umat demi membela Al-Islam di tanah air tercinta yang semakin terancam, dan diancam dari pelbagai sudut dan pihak.

Media PEMBELA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s