Isu UPR belum selesai – Sokongan dan doa berterusan umat Islam adalah dipohon

Kenyataan Media

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

19 Mac 2014 / 17 Jamadil Awal 1435

 

Isu UPR belum selesai – Sokongan dan doa berterusan umat Islam adalah dipohon

 

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Malaysia seperti yang diketahui umum, adalah merupakan gabungan strategik yang menghimpunkan pelbagai pertubuhan-pertubuhan Islam di negara ini atas tujuan khusus membela kedudukan dan maruah Islam di Malaysia yang seringkali dicabar.

Kali ini, pihak PEMBELA ingin menarik minat pihak media dan umat Islam berkenaan proses penerimaan muktamad (final adoption) pada hari Khamis ini, 20hb Mac 2014 bagi syor-syor yang telah dikemukakan ketika proses UPR (Universal Periodic Review) di Geneva, Switzerland tahun lepas.

PEMBELA yakin, majoriti umat Islam pada ketika ini sudahpun sekurang-kurangnya memahami secara umum tentang proses UPR yang merupakan satu sesi semakan ke atas kesemua 193 negara di bawah PBB terhadap kepatuhan kepada beberapa ketetapan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (juga dikenali sebagai United Nation Human Rights Council – UNHRC).

Secara khusus, terdapat 6 tuntutan yang boleh disifatkan paling kontroversi, biadap dan tidak masuk akal. Didalangi oleh NGO-NGO Hak Asasi Manusia yang berdoktrinkan fahaman liberal-sekular atas jenama COMANGO, kita dapat lihat bahawa tuntutan tersebut adalah merupakan suatu percubaan halus untuk menggangu-gugat fundamental perlembagaan dan kedaulatan Islam di Malaysia. Kesemua tuntutan tersebut telah ditolak secara sepakat oleh gabungan-gabungan NGO Islam di Malaysia yang diketuai oleh delegasi MuslimUPRo. PEMBELA tentunya, menyokong penuh pendirian tersebut.

Sekalipun tuntutan-tuntutan berkenaan adalah bercanggah dengan semangat Rukun Negara, COMANGO tanpa segan-silu meneruskan juga tuntutan tersebut. Dalam usaha melobi tuntutan mereka pula, nama baik negara telah turut diburukkan. Pihak-pihak ini ternyata cuba menafikan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan yang sudahpun jelas, apabila memainkan isu berkaitan kebebasan beragama (termasuk Syiah), mempromosikan hak golongan LGBT, mempertikai kedudukan istimewa Melayu dan institusi-institusi berkaitan Islam – yang jelas sudah termaktub bidang kuasanya berdasarkan perlembagaan negara ataupun negeri-negeri.

Kita bersyukur kempen ‘1 Juta Ummah Tolak COMANGO’ yang dilancarkan telah mendapat sokongan padu dan di luar jangkaan. Inilah simbolik penentangan umat Islam terhadap tuntutan biadap ini. Namun, perjuangan ini masih belum tamat.

Pihak delegasi Muslim UPRo (yang ketika ini sudahpun berada di Geneva bagi proses final adoption) masih memerlukan doa dan sokongan seluruh umat Islam untuk terus-terusan menyatakan pendirian kita yang tidak bertolak ansur dalam hal-hal berkaitan maruah dan kedaulatan Islam di Malaysia.

Kepada pihak kerajaan persekutuan pula, PEMBELA menyeru agar terus kekal konsisten dalam mempertahankan asas-asas Perlembagaan Persekutuan semasa membuat penerimaan muktamad. Ingatlah, bahawa fundamental yang sama jugalah yang telah menjadi resepi keamanan di negara ini sejak sekian lama.

Semoga Allah Ta’ala memberi kemenangan kepada delegasi Muslim UPRo di Geneva. Semoga Allah Ta’ala memberi pertolongan dan rahmat kepada kita semua.

 

Ameen Ya Rabbal Alamin.

 

Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin

Pengerusi PEMBELA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s