PEMBELA CABAR DR.FAROUK MUSA IRF – BUKTIKAN PERKATAAN SEKULAR DALAM PERLEMBAGAAN!

PEMBELA CABAR DR.FAROUK MUSA IRF

BUKTIKAN PERKATAAN SEKULAR DALAM PERLEMBAGAAN!

GABUNGAN NGO PEMBELA ISLAM PEMBELA DENGAN INI MEMBERIKAN NOTIS 7 HARI KEPADA DR FAROUK MUSA IRF UNTUK MEMBUKTIKAN TERDAPAT PERKATAAN SEKULAR DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN HINGGA NEGARA MALAYSIA BOLEH DIANGGAP SEBAGAI NEGARA SEKULAR.

PEMBELA SEJAK HAMPIR SEPULUHTAHUN LALU BERGIAT MENENTANG GERAKAN SEKULARISASI, LIBERALISME DAN PLURALISME YANG MEMPUNYAI AGENDA YANG NYATA DAN YANG TERSIRAT UNTUK MENGHAKIS KEDAULATAN ISLAM.

KENYATAAN-KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH PAKAR-PAKAR PERLEMBAGAAN TERMASUK YANG BERADA DI PIHAK PEMBANGKANG TURUT MENGAKUI MALAYSIA BUKAN NEGARA SEKULAR. TERKINI PROF.MADYA DR. SHAMRAHAYU A.AZIZ DAN TUN ABDUL HAMID MOHAMAD MANTAN KETUA HAKIM NEGARA BERSEPENDAPAT BAHAWA MALAYSIA BUKAN SEBUAH NEGARA SEKULAR DAN TIADA PERKATAAN SEKULAR DALAM PERLEMBAGAAN.

MALAH PERKARA SUDAH LAMA MENJADI HUJAH HAJI MAHAMAD NASER DISA BAHAWA MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM BERDAULAT KERANA YANG DIPERTUAN AGUNG DIWAJIBKAN BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH UNTUK MEMELIHARA AGAMA ISLAM PADA SEMUA MASA, MEMBUKTIKAN MALAYSIA BUKAN NEGARA SEKULAR.

PENGHAKIMAN KES CHE OMAR BIN CHE SOH YANG DITOHMAH OLEH MENDIANG KARPAL SINGH KONONNYA MEMUTUSKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA SEKULAR JUGA SATU KEPALSUAN KERANA HAKIM TUN SALLEH ABAS TIDAK MEMUTUSKAN SEDEMIKIAN. MALAH BELIAU HANYA BERPENDAPAT BAHAWA UNDANG-UNDANG YANG BERKUATKUASA ADALAH UNDANG-UNDANG SEKULAR. ITU PENDAPAT BELIAU BERKENAAN UNDANG-UNDANG BUKAN NEGARA.

PEMBELA PERNAH MEMBERIKAN NOTIS 2 MINGGU KEPADA MENDIANG KARPAL SINGH UNTUK MEMBUKTIKAN TERDAPAT PERKATAAN SEKULAR DALAM PERLEMBAGAAN. NAMUN HINGGA BELIAU MENGHEMBUS NAFAS TERAKHIR BELIAU GAGAL BERBUAT DEMIKIAN.

HARI INI 1 JUN 2014, PEMBELA MENCABAR DR.FAROUK MUSA DARI IRF UNTUK MEMBUKTIKAN DI MANA DALAM PERLEMBAGAAN YANG MENYEBUT PERKATAAN SEKULAR? JIKA BELIAU GAGAL BERBUAT DEMIKIAN MAKA PROGRAM PERDEBATAN TENTANG NEGARA SEKULAR MESTI DIBATALKAN.

TOLONG HENTIKAN PROVOKASI YANG MEMBANGKITKAN KEMARAHAN UMAT ISLAM DAN MENCEMAR KEDAULATAN ISLAM. PERBUATAN ANDA ADALAH BERSIFAT HASUTAN!
PENGERUSI PEMBELA

MOHAMAD HAFIZ BIN MOHAMED NORDIN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s