PEMBELA memandang serius sikap prejudis & tidak sensitif terhadap Agama Persekutuan dan Keluhuran Perlembagaan

Image

PEMBELA memandang serius sikap prejudis & tidak sensitif terhadap Agama Persekutuan dan Keluhuran Perlembagaan

23 Rejab 1435H / 23 Mei 2014M

 

Pihak kami mengambil serius tentang tindakan-tindakan tidak sensitif yang sedang giat diusahakan oleh segelintir pihak yang tidak senang dengan hak demokrasi yang cuba dijalankan oleh sekumpulan umat Islam di dalam negara. Pihak kami tidak menolak kebebasan mana-mana pihak untuk bersuara dan menyatakan pendapat. Tetapi semuanya harus dilakukan penuh beradab termasuk tidak meletakkan agama Islam menjadi subjek permainan dan penghinaan berikutan isu cadangan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian berkenaan Hukum Hudud ini.
Pihak kami ingin mengingatkan kepada semua pihak, termasuk umat Islam sendiri bahawa agama bagi Persekutuan ini ialah agama Islam. Ia termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Sebarang penghinaan kepada Islam, membawa maksud penghinaan kepada Persekutuan serta Perlembagaan negara ini. Sebarang penghinaan terhadap Islam, membawa erti penghinaan kepada Yang di Pertuan Agong sebagai Pemerintah Negara yang bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam di dalam negara ini.

Pihak kami ingin merakamkan perasaan kesal dengan penganjuran Forum Meja Bulat mengenai Hudud yang telah dipengerusikan oleh Datuk Saifuddin Abdullah di bawah Global Movement of Moderates kerana dilakukan sebelum semua perkara berkenaan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian tersebut dibentangkan. Penganjuran forum tersebut memperlihatkan kecenderungan sikap membuat persepsi mendahului penelitian fakta dan memberikan ruang prejudis diangkat menjadi pendapat umum tanpa memberi ruang seadilnya kepada pihak-pihak yang sedang berusaha menjalankan amanah Allah dalam usaha membentangkan undang-undang tersebut. Pihak kami ingin menganjurkan supaya Datuk Saifuddin Abdullah bersama Global Movement of Moderates untuk bersikap sederhana dan memberikan ruang supaya Rang Undang-Undang Persendirian tersebut dibentangkan terlebih dahulu sebelum isikandungannya ditelitikan dan didebatkan.

Perlu pihak kami ingatkan serta tegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan membenarkan Rang Undang-Undang tersebut di bawa ke Parlimen untuk dibentangkan. Samada ia mendapat sokongan yang cukup atau pun tidak, amalan negara berdemokrasi membenarkan ianya di bawa ke Parlimen untuk dicadangkan.

Sehingga ke saat itu berlaku, semua pihak diminta bertenang dan tidak melakukan spekulasi dan tindakan-tindakan provokasi melampau termasuk berbaur penghinaan ke atas agama Islam. Untuk menghalang hak-hak rakyat negara ini membawa perkara tersebut ke dalam Parlimen atas dasar sentimen dan sebagainya, ianya seolah-olah menggambarkan pihak-pihak berkenaan tidak pernah percaya dengan sistem demokrasi yang selama ini dilaung-laungkan.

Kita harus meninggalkan budaya lapuk dan ketinggalan zaman yang membenarkan ruang prejudis tidak berasaskan fakta menguasai mana-mana perbincangan ilmiah.

Sebagai negara majmuk dengan kepelbagaian budaya, perbezaan pendapat harus diraikan tetapi mestilah berada di dalam kerangka paksi-paksi yang membentuk identiti negara ini iaitu tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukunegara. Jika semua ini dihormati, pihak kami yakin dan pasti Malaysia akan terus aman dan berjaya di masa hadapan. Tindakan-tindakan melampau yang meletakkan Islam sebagai subjek penghinaan harus dihentikan dengan segera. Pihak berkuasa harus sensitif terhadap sebarang ancaman kepada tonggak yang membentuk tiang-tiang seri negara.

Sekian.
Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin

Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s