Pembela mahu kerajaan kekalkan Akta Hasutan 1948 Dengan Penambahbaikan

GEORGE TOWN – Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (Pembela), mahu kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan beberapa penambahbaikan dan mengkaji semula tiga draf rang undang-undang baharu yang dicadang menggantikan akta berkenaan.
Pengerusi Pembela, Hafiz Nordin berkata, perkara itu perlu dilakukan memandangkan Akta Hasutan 1948 merupakan akta yang diluluskan untuk melindungi asas-asas negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoal oleh mana-mana pihak termasuk Parlimen.
“Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 bakal menyebabkan asas perpaduan dan keharmonian yang selama ini dikecapi negara menjadi sasaran terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri pada 30 Mei lepas berhubung hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan 1848 dan mengesahkan menerima tiga draf rang undang-undang baharu.
Tiga rang undang-undang itu ialah Rang Undang-Undang Harmoni Nasional (Nasional Harmony Bill), Rang Undang-Undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill). – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s