Isu Nama Allah : KENYATAAN MEDIA PEMBELA BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Setelah keputusan hari ini, PEMBELA meminta semua pihak khasnya pihak Gereja yang membuat rayuan berkenaan penggunaan nama suci Allah di dalam penerbitan Kristian supaya patuh kepada keputusan yang telah diputukan oleh Mahkamaha Persekutuan pagi tadi. Keputusan yang menegaskan dengan jelas bahawa nama ALLAH hanya untuk orang Islam.

Sehubungan dengan ini, pihak kami ingin meyeru supaya tiada lagi usaha pencerobohan ke atas aspek-aspek kesucian Islam dan meminta semua pihak supaya hormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara. Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan dengan jelas di dalam Artikel 3(1) bahawa lain-lain agama boleh diamalkan dan mestilah bersikap harmoni terhadap agama Islam.

Pihak kami juga ingin memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menangguk di air yang keruh berikutan keputusan yang telah dibuat pagi tadi. Tolong pastikan elemen pelampau yang cuba mengambil kesempatan dikekang daripada menjalankan perancangan subversif mereka terhadap keselamatan negara.

Negara ini telah lama berada di dalam keadaan aman damai kerana semua pihak sebelum ini berusaha untuk menghormati antara satu sama lain dan tidak melakukan apa-apa bentuk pencerobohan ke atas kesucian mana-mana agama terutamanya Agama Islam.

Pihak kami juga ingin menyatakan dengan tegas amaran supaya tiada pihak cuba mencetuskan kacau bilau di dalam negara ini dengan percubaan yang tidak menghormati keputusan mahkamah tertinggi di dalam negara.

Negara ini berdaulat dengan kedaulatan Islam sepertimana termaktub dengan jelas di dalam Perlembagaan. Pihak kami melihat tidak ada sebarang bentuk keperluan untuk pihak Gereja berkenaan memanjangkan desakan untuk terus menceroboh aspek kesucian agama Islam kerana perkara ini dilihat hanya akan menjadikan keadaan negara lebih huru hara. Jika mereka masih berdegil PEMBELA akan mendesak supaya mereka didakwa di bawah mana-mana akta dan undang-undang yang relevan.

Dalam kes ini pihak Pembela ingin melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT yang sangat kami cintai dan menggesa seluruh umat Islam yang sentiasa berdoa demi kemenangan Islam ini agar bersujud syukur tanda terima kasih yang tidak tethingga kepada ALLAH yang telah menentukan keputusan mahkamah pada hari ini. Kepada para hakim yang membuat keputusan berpihak kepada kedaulatan Islam Pembela ucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kerana para yang arif sekelian telah berusaha bagi menyelamatkan aqidah ummah kini dan akan datang. Percayalah umat Islam generasi akan datang juga akan berterima kasih kepada kalian. Kalian telah membuat satu jasa yang sangat besar dan agong dalam sejarah umat Islam di Malaysia ini.  Kepada pihak berkuasa, PEMBELA ingin menyeru pihak mereka supaya mula menjalankan penguatkuasaan ke atas semua penerbitan bukan Islam yang menggunakan nama Allah dan perkataan-perkataan yang dilarang penyalahgunaannya oleh golongan bukan Islam secara tuntas, tegas dan tidak menoleh kebelakang. Tiada keperluan untuk berasa sangsi dan teragak-agak dalam menegakkan undang-undang sediada. Jangan biarkan golongan Ekstremis Islamufobia bermaharajalela dengan tindakan-tindakan pencerobohan ke atas kesucian agama Islam dan pelanggaran undang-undang negara. Undang-undang mesti ditegakkan.
Kepada seluruh umat Islam PEMBELA ingin mengajak agar kita terus bersatu untuk berdepan dengan ancaman kumpulan pendesak ekstrimis Islamufobia yang sedang menggerakan usaha mengatakan Malaysia adalah negara sekular. Satu lagi usaha kumpulan itu yang berusaha untuk menghakis kedaulatan Islam. Solidariti umat Islam amat perlu demi untuk berdepan dengan usaha jahat kumpulan tidak bertanggungjawab ini.

Bersama Kita Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara.

Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin,
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Islam (PEMBELA)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s