PEMBELA Tolak ‘Tafsiran Songsang’ Terhadap Keputusan Mahkamah Persekutuan

Pihak PEMBELA dan NGO-NGO Islam menolak untuk mempercayai kenyataan yang dikatakan dikeluarkan dari Putrajaya yang membenarkan kalimah Allah boleh digunakan di dalam gereja dan orang-orang Kristian.

Pihak kami mendesak pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut bertanggungjawab dengan kekeliruan yang secara sengaja disebarkan.

Pihak PEMBELA telah mengadakan banyak pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkenaan dengan isu ini. Perdana Menteri memberi jaminan jelas kepada NGO-NGO Islam bahawa nama Allah adalah ekslusif untuk orang-orang Islam.

Pihak kami juga ingin mengulangi kenyataan Perdana Menteri pada 24 Januari 2014 yang menyatakan dengan jelas bahawa Solusi 10 Perkara tidak boleh melangkaui Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri.

Justeru itu, kami sebulat suara menyatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai rasmi kerajaan yang tidak dinamakan di dalam laporan tersebut sebagai satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab, menghina keputusan mahkamah, serta mempermain-mainkan sensitiviti masyarakat yang ingin hidup beragama secara harmoni.

Tindakan tegas harus diambil kepada pegawai yang melakukannya.

Isu Mufti Pulau Pinang Menyanggah Fatwa Yang Diwartakan Negeri

Pihak PEMBELA juga ingin merakamkan perasaan kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Negeri Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam di negara ini. Kenyataan yang dikeluarkannya menyanggah fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang pada 7 Januari 2010 dan diwartakan pada 1 April 2010.

Dimanakah letaknya kredibiliti seorang Mufti yang menyanggahi fatwa yang dikeluarkan Jabatannya sendiri? Lebih memalukan dengan kenyataan tersebut ialah, Dr Wan Salim Mohd Noor merupakan pihak yang terlibat sama di dalam mesyuarat majlis fatwa dalam keputusan pengharaman penggunaan Kalimah Allah bersama 39 perkataan yang lain daripada digunakan oleh orang bukan Islam.

Dengan isu percanggahan ini, pihak PEMBELA mendesak Mufti Negeri Pulau Pinang untuk menarik semula kenyataannya yang bercanggah dengan Fatwa Negeri, memohon maaf kepada umat Islam serta membuat penjelasan semula kepada kekeliruan yang ditimbulkan.

Pihak kami juga ingin mendesak agar pihak Peguam Negara memandang isu penghinaan keputusan mahkamah ini dengan pandangan serius. Sila jalankan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan dengan mula bertindak ke atas kumpulan-kumpulan pelampau yang menghina keputusan mahkamah dengan interpretasi songsang mereka ini atau melepaskan jawatan.

 

 

Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara

Ustaz Mohamed Hafiz Hj. Mohamed Nordin,
Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s