Perutusan Merdeka Pengerusi PEMBELA

BismiLLAHi ALLAHu akbar waliLLAHilhamd.

Mahasuci ALLAH yang telah mencipta kemenangan kepada Briged al-Qassam dan umat Islam seluruh dunia ke atas yahudi Israel laknatuLLAH. Kemenangan yang sangat besar dan sangat bermakna kepada umat Islam Palestin dan kita semua, meskipun lebih dua ribu yang terpaksa berkorban nyawa serta menemui syahid dibunuh tentera yahudi dajjal laknatuLLAH.

Kegembiraan ini berlaku dalam bulan ini, bulan yang penuh bersejarah serta mencatatkan terlalu banyak nostalgia pahit manis pejuang-pejuang Islam, bangsa dan tanah air ini.

31 Ogos diraikan setiap tahun sebagai tarikh ulang tahun pengisytiharan kemerdekaan Negara dari penjajahan kuasa asing. Tahun ini genap 57 tahun bumi bertuah kurniaan ALLAH yang maha Pemurah ini dikatakan merdeka.

Saya ingin menarik perhatian umat Islam khasnya umat Melayu kerana anda telah diamanahkan ALLAH swt untuk menjaga kedaulatan Islam di atas Tanah Melayu ini. Umum mengetahui bangsa- bangsa lain semuanya ada tanah mereka masing-masing dan tidak perlulah saya menyebutnya satu persatu. Apa yang pentingnya adalah sejauh mana umat Melayu telah betul-betul memelihara amanah ALLAH itu. Sebagai pemegang amanah apakah umat Melayu memastikan kedaulatan Islam yang telah dibangunkan berabad lamanya masih berdiri teguh berpaksikan al-Quran, hadith serta peruntukan yang tersemat dalam Perlembagaan Negara atau sebaliknya?

Artikel 3 (1) Perlembagaan Negara memperuntukan Islam adalah agama bagi persekutuan (tanah Melayu) ini. Namun apakah pengisian bagi artikel “keramat” ini telah benar-benar dilakukan sepanjang 57 tahun yang lalu? Apakah peluang-peluang berlandaskan peruntukan dalam artikel ini dan sumpah jawatan Yang DiPertuan Agong dengan nama ALLAH (wallahi wabillahi watallahi) di dalam Artikel 37 untuk menjaga agama Islam pada setiap masa, telah dilaksanakan dengan kecintaan dan ketaqwaan kepada ALLAH yang maha Penyayang?

Ya, benar ‘di sini lahirnya sebuah cinta..’ tetapi tidaklah semata-mata cinta sesama bangsa atau rakyat jelata dan pemimpin malah kecintaan yang hakiki iaitu kecintaan kepada ALLAH Tuan Empunya cinta serta Pencipta kepada perasaan cinta itu sendiri.

Saya sangat yakin bumi bertuah amanah ALLAH ini akan berjaya menjadi negara maju yang dihormati di mata dunia, jikalau umat Melayu meneruskan usaha dengan penuh kecintaan kepada ALLAH, berpegang teguh dengan aqidah, syariat dan akhlak sebagai tonggak kemajuan negara.

Kita juga mesti mengambil contoh Baginda Nabi saw yang mengasaskan negara Madinah di atas asas-asas penting yang di antaranya adalah perpaduan umat Islam. Maasya ALLAH, akhirnya Baginda Nabi saw telah berjaya membina sebuah Negara dan tamadun yang sangat mantap juga kukuh di Madinah al-munawwarah kerana bersatu padunya umat Islam di bumi itu.

Perpaduan merupakan asas kekuatan sesebuah negara Islam sehingga rakyat yang bukan Islam turut menghormati serta mentaati Baginda Nabi saw. Pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam di tanah ini mestilah mencontohinya. Kita mesti maju dengan acuan kita, acuan Nabi kita Muhammad saw, acuan Islam bukan acuan sekular liberal barat yang hanya membina laluan mudah untuk kedatangan Dajjal al-Masih, nauzubiLLAH.
ALLAHU AKBAR…

ALLAH masih meneruskan kasih dan cintaNYA terhadap Malaysia. Akhir-akhir ini, diuji pemimpin dan rakyat negara ini dengan musibah-musibah yang menggegarkan seluruh rakyat malah dunia turut merasakan gegarannya. Kejadian-kejadian yang dahulu kita hanya mendengarnya berlaku di negara-negara lain namun kali ini ia benar-benar berlaku ke atas Malaysia.

Sememangnya semua kepayahan atau kesengsaraan akan disusuli dengan kebaikan yang berlipat kali ganda namun ianya adalah satu muhasabah kepada bangsa ‘pemegang amanah’ tanah ini agar 57 tahun yang berlalu tanpa gangguan dan campur tangan kuasa asing jangan dibiarkan berlalu sia-sia tanpa ada daya usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengisi Islam dalam ertikata yang sebaik-baiknya berteraskan aqidah, syariat dan akhlak mulia yang sempurna.

Bangkitlah wahai bangsa Melayu pemegang amanah tanah ini! Bersatu padulah! Bantulah Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu melaksanakan sumpah mereka tarhadap ALLAH untuk menjaga Islam pada setiap masa.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 57, semoga ALLAH Merahmati Malaysia.

“MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA”

Ya ALLAH Selamatkanlah Malaysia negeriku.

Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin
Pengerusi
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s