Kenyataan Media Isu Nama Allah : PEMBELA Mengecam Sebarang Sikap Tidak Menghormati Keputusan Mahkamah

Kami di pihak Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t. di atas keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah menolak rayuan yang dikemukakan oleh pihak Gereja Katolik berkenaan kes nama Allah di dalam penerbitan Kristian.

Pihak kami ingin menyeru supaya semua rakyat Malaysia menghormati prinsip Kedaulatan Undang-Undang di dalam Rukun Negara dan mengambil sikap menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut.

Pihak kami juga mengecam sesiapa sahaja tidak kira dari mana-mana pihak yang tidak mahu menghormati dan mematuhi serta terus mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut.

Kecaman ini dibuat berikutan kenyataan Ketua Editor majalah berkenaan yang dengan angkuhnya menyatakan pihak mereka akan tetap menyiarkan artikel-artikel berbahasa Melayu dalam majalah terbitan mereka. Walaupun pihak mereka tidak menyebut bahawa nama suci ALLAH akan digunakan secara khusus, tetapi PEMBELA mengutuk kenyataan yang seakan menunjukkan kedegilan pihak mereka untuk menunjukkan rasa hormat dalam mematuhi keputusan mahkamah tertinggi negara dan enggan mematuhi undang-undang sedia ada.

PEMBELA juga mengecam tindakan melawan keputusan mahkamah dan undang-undang negara dan kami mengganggap ianya adalah tindakan jelas dari golongan yang bersikap pelampau dan hanya berminat mencetuskan gangguan kepada toleransi dan hubungan beragama yang selama ini dinikmati dengan sihat di dalam negara. Sikap ekstremisme seperti inilah yang telah melahirkan peristiwa-peristiwa berkait keganasan di dalam dunia.

Kita ingin menasihatkan semua pihak termasuk ketua editor majalah Katolik berkenaan agar kembali mendisiplinkan diri dengan undang-undang dan rukun negara demi menjaga keharmonian hubungan antara agama dalam negara yang majmuk ini.

Sepatutnya beliau menjadi contoh yang baik kepada para pengikutnya bukan cuba untuk menjadi contoh sebagai seorang warga negara yang tidak mempunyai disiplin dan bersikap degil. Justeru itu PEMBELA menggesa agar pihak berkuasa terutamanya Polis untuk menangkap dan mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa sahaja yang dengan angkuh dan sengaja melanggar serta menganjurkan pelanggaran terhadap keputusan mahkamah dan undang-undang dalam negara.

Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara,

Ustaz Mohamed Hafiz Bin Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s