Pesanan Pengerusi PEMBELA: Kepada Allah sahaja kita bergantung harap

logopembela

Semenjak perpaduan ummah semakin ranap. Sejak bangsa ini semakin tidak sekata bahkan musuh menyelinap masuk dan merasuk agar perbalahan semakin perkasa, saya melihat bangsa kita semakin tunduk,semakin akur dengan desakan musuh dalam negara dengan dalangnya kuat mendokong dari luar. Pihak penguatkuasa undang-undang pun sudah dilihat takut, sudah dilihat lebih juara bertindak sesama bangsa sendiri namun melopong dengan bangsa-bangsa lain.

Satu fenomena yang sudah tersurat dan tersirat. Yang berada dalam ILMU ALLAH, yang wajib kita terima dengan pasrah dan redho walau kita tidak boleh berpeluk tubuh melihat sahaja Islam dan bangsa ini disondol dengan begitu rakus dan kejam.

Kalau undang-undang yang kita harapkan, buntulah kita.

Penguatkuasa undang-undang pun memilih bulu. Pendakwaan terpilih semakin ketara, para pemegang amanah negara yang bersumpah jawatan dengan nama ALLAH pun masih hidup senang lenang dengan segala protokol dan kemewahan. Walau berjanji dengan ALLAH untuk menjaga Islam pada setiap masa. Para eksekutif yang turut berjanji dengan nama ALLAH pun sama saja. Apa lagi yang boleh diharapkan pada mereka semua?

Zaman kita sudah tiba. Zaman kita hanya menjadi penonton kepada penindasan yang bersifat binatang di negara-negara timur tengah sudah pun berlalu. Misteri MH370, MH17 dan QZ8501 itulah pembuka “bicara” musuh-musuh terhadap kita.
Kini tiba masanya kita kena hadapinya sendiri. Harapkan Pegar, Pegar pula yang makan padi. Disangkakan” hujan hingga ke petang rupanya panas di tengahari”.

Kalau kita mengimbas kembali perjuangan Rasul Kekasih Ilahi. Baginda menghadapinya dengan qudrat sendiri. Bertemankan Saidatina Ummul Mukminin Khadijah Bintu Khuwailid RadhiaLLAHu anha di peringkat mulanya di Makkah. Tanpa kuasa, tanpa kerajaan menyokong perjuangan Baginda, Tanpa simpati dari penguatkuasa undang-undang Makkah dan para pembesar-pembesarnya, tanpa dana kecuali dari isteri tercinta dan para sahabat Baginda. Dakwah dan perjuangan yang sangat mahal harganya. Yang tidak popular malah dikeji nista dan ditentang. Dakwah dan perjuangan yang dibayar dengan pengorbanan agong menagih nyawa dan jiwa.

Walau dikekang sedemikian rupa namun Rasuluna al-Mustafa berjaya. Walau tidak berjaya dalam bentuk jumlah atau orang sekarang kata kuantiti, tetapi Rasuluna al-Mustafa berjaya dari sudut melahirkan manusia bermutu tinggi atau kualiti aqidahnya. Sangat kental imannya. Sangat gagah daya juangnya.

Berbekalkan kejayaan kualiti yang tinggi inilah Rasuluna al-Mustafa diarahkan ALLAH berhijrah ke al-Madinah. Calang-calang aqidah tidak mampu melaksanakan tugas hijrah.

Balik semula di zaman kita ini. Rasuluna wa habibuna al-Mustafa sudah sangat lama meninggalkan kita. Malah tidak sempat pun kita bersandarkan kekuatan perjuangan padanya kerana Baginda sudah tiada. Dengan segala kelemahan dan kedahaifan yang ada, kita cuba menduga perjuangan Islam ini.

Dengan bekalan yang tidak cukup. Dengan amalan yang tersangat dangkal. Kail hanya sejengkal tetapi kita sedang menduga di lautan yang sangat dalam malah bergelora.

Zaman yang dijanjikan telah muncul. Era dajjal laknatuLLAH yang saya maksudkan. Dunia sedang menghadapi episod terakhir kehidupan. Ya, babak terakhir. Dan kita lah orang-orangnya yang masih bernafas. Kalau bukan kita yang menggalas beban perjuangan ini, SIAPA lagi??

Tiada lagi nabi untuk mempertahan agama ALLAH ini, tiada Abu Bakar, tiada Omar,tiada Osman, tiada Ali untuk menjadi benteng mempertahankan aqidah suci peninggalan Nabi. Tiada Hamzah penghulu segala syuhada, tiada Bilal, tiada Zaid, tiada Usamah, pendek kata tiada lagi semua peribadi-peribadi unggul malah walau di zaman tabi’in. Tiada Imam An-Nawawi tiada Imam Izzuddin Abdul Salam.

Aduhai sahabat-sahabat seperjuangan walau di mana bumi dipijak, walau di mana sekalipun langit dijunjung, ayuh lah kita bersatu dan bersama, merapatkan saf yang telah lama renggang. Membetulkan saf yang telah lama bengkang bengkok.

Bangunlah. Bangkitlah. Kalau bukan kita yang menggalas beban perjuangan ini, SIAPA lagi?? Hanya KEPADA ALLAH KITA BERGANTUNG HARAP.

Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin
Pengerusi PEMBELA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s