Tahniah Ketua Polis Negeri: Pencetus Masalah Perkauman Chong Eng Perlu Didakwa

logopembela
Kenyataan demi kenyataan dan provokasi biadab dari sesetengah segmen penduduk berasal daripada generasi yang diberikan kerakyatan Malaysia mendesak pihak Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) memberikan kenyataan ini.

Pertama, pihak PEMBELA ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah di atas kepantasan pihak Polis Di Raja Malaysia mengambil tindakan pantas dengan menahan pencetus masalah perkauman, Chong Eng di atas campur tangan biadabnya dalam urusan agama Islam.

Pihak PEMBELA kesal dengan sikap prejudis dan tindakan provokasi yang sering dilakukan oleh sekumpulan pemimpin-pemimpin DAP yang semakin biadab dengan agama Islam.

Tanpa ilmu dan kefahaman Islam yang sah, apa yang mereka tahu tentang agama suci ciptaan ALLAH ini? Kenapa mereka akhir-akhir ini sangat tidak berpuas hati dengan amalan-amalan Islam termasuklah khutbah Jumaat yang wajib dibaca ke atas umat Islam yang menunaikan solat Jumaat.

Apa yang Chong Eng tahu tentang aurat dan hubungkaitnya dengan penzinaan atau rogol?

Tahun ini masuk tahun yang ke 58 Malaysia merdeka dan kita telah berjaya hidup aman dan harmoni dengan masyarakat yang bukan sahaja berbilang bangsa malah berbilang agama. Apakah Chong Eng dan DAP mempunyai apa-apa perancangan halus hendak menghapuskan keharmonian ini?

Apakah Chong Eng begitu benci dengan agama Islam sehingga langsung tidak pedulikan hati umat Islam yang sakit dan meruap marah dengan kenyataan beliau?

Sebagai warganegara yang menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara, pihak kami ingin menasihati Chong Eng supaya berhenti melakukan campur tangan dan berhenti menyakiti hati umat Islam.

Tiada keperluan bagi dirinya untuk masuk campur dalam urusan dan amalan agama umat Islam. Sejak bila Chomg Eng rajin mendengar khutbah. Bayangkan kalau kami umat Islam mula mempertikaikan agama Chong Eng pula dengan lojik akal kami sendiri?

Apa akan jadi pada Chong Eng dan penganut yang sama agama denga Chong Eng? Pasti Chong Eng sendiri akan pergi ke balai polis untuk membuat laporan.

Justeru itu, berhati-hatilah dengan kebebasan bersuara yang dinikmati supaya tidak menyakiti hati dan perasaan sesiapa sahaja terutamanya umat Islam.

Kita hidup tidak lama. Kita berkongsi satu bumi dan satu negara. Tidak pernah selama 58 tahun umat Islam mempertikai agama lain dalam negara ini. Tidak pernah kami hendak mengajar penganut agama lain termasuk Chong Eng bagaimana mereka seharusnya beramal dengan agama mereka.

Tahniah diucapkan kepada PDRM. Dikesempatan ini, kami juga ingin menggesa agar Pihak peguam negara segera mendakwa Chong Eng di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan atas keceluparan mulut beliau.

Di atas semangat rukun negara kami menyeru agar penganut-penganut agama lain dari Islam agar menghormati Islam sebagai agama bagi Persekutuan yang telah berabad lamanya menjadi anutan umat Melayu dalam negara ini. Beliau disaran agar belajar lagi tentang Islam jangan sekadar mendengar khutbah Jumaat dan mengulasnya dengan penuh kejahilan tentang Islam agama yang diwahyukan ALLAH ini.

Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara,

Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s