Kenyataan Media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Mengenai Hudud

logopembela

Kenyataan Media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Mengenai Hudud
9 Jamadil Akhir 1436 H / 30 Mac 2015

Kami di Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) ingin menyatakan solidariti dan sokongan padu kepada satu usaha murni bagi memartabatkan kembali undang-undang asal TanahAir ini melalui langkah awal pembentangan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).

PEMBELA juga melihat usaha memartabatkan semula undang-undang asal Tanahair ini menjadi satu titik temu kepada satu usaha perpaduan kembali umat Islam di Malaysia ini.

Ini merupakan detik yang sekian lama ditunggu oleh umat Islam secara keseluruhannya. Perpaduan melalui berpegangnya kembali semua pihak dan parti-parti politik Islam kepada tali Allah sebagaimana yang dianjurkan di dalam al Quran.

Yakinlah, apabila kita berpadu dan bersatu di atas jalan menegakkan yang hak, bantuan Allah itu pasti akan menyusul.

Tidak kira UMNO atau PAS atau mana-mana parti didukung umat Islam, usaha ini haruslah dipandang sebagai satu peluang untuk memperbetulkan keadaan negara yang semakin hari semakin parah.

PEMBELA juga ingin menegaskan kepada pihak-pihak luar terutamanya parti-parti politik bukan Islam, golongan pemimpin politik Islam Liberal di kedua-dua pihak dan media-media yang didanai oleh dana dari negara luar supaya menghentikan segala polemik mengenai urusan Hudud ini yang dibenarkan untuk dibentangkan di dalam Parlimen negara ini di bawah Perlembagaan Persekutuan.

PEMBELA menyokong sepenuhnya ketegasan dan sikap serius yang diambil oleh Ketua Polis Negara dan PDRM yang memberikan amaran tegas dan bakal disusuli tindakan ke atas pihak-pihak yang cuba mengganggu gugat keamanan negara melalui provokasi-provokasi yang dijalankan melalui polemik membenci undang-undang ini menerusi media termasuk media sosial.

PEMBELA akan bersama semua pihak yang meletakkan agenda perpaduan umat Islam dan seterusnya menegakkan kedaulatan Islam sebagai keutamaan agenda perjuangan.

Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara

Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin
Pengerusi, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s