Ahli Parlimen Islam diminta sokong usul Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen beragama Islam dinasihat menyokong pembentangan usul peningkatan bidang kuasa mahkamah syariah yang akan dibentangkan pada Dewan Rakyat nanti.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata, usul tersebut yang akan dibawa oleh beliau sendiri akan dibentang sebelum 9 April ini.

Jelasnya lagi, pembentangan usul tersebut hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan agama lain.

“Usul ini akan dibawa ke Dewan Rakyat supaya Dewan meminda Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1992. Saya mengusulkan supaya Dewan meminda satu peruntukan dalam akta ini iaitu Seksyen 2.

“Bidang kuasa mahkamah syariah kini hanya boleh menjatuhkan hukuman sebanyak tiga tahun penjara, denda RM 5,000 dan enam sebatan sahaja. Jadi saya minta ahli Parlimen menyokong usul saya supaya peruntukan akta tersebut boleh dipertingkat dan ditambah baik,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Beliau berkata, usul yang akan dibawa merupakan usul persendirian Abdul Hadi dan tidak bersangkutan dengan parti.

“Usul ini bukan hanya meliputi mahkamah syariah di Kelantan sahaja bahkan negeri-negeri di negara ini. Adalah penting bagi majoriti ahli Parlimen menyokong usul ini.

“Adalah tidak wajar sekiranya Perlembagaan tidak berpihak kepada usul ini,” katanya lagi.

Dipetik dari Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s