Undang-undang hudud titik perpaduan umat Islam

PEMBELA-Ustaz-Mohamed-Hafiz
BANGI, 30 Mac- Pelaksanaan undang-undang hudud boleh menjadi titik pertemuan dalam usaha mengembalikan perpaduan umat Islam di Malaysia, kata Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Beliau berkata, usaha memartabatkan semula undang-undang asal tanah air ini melalui pembentangan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) merupakan satu titik temu kepada perpaduan umat Islam.

“Ini merupakan detik yang sekian lama ditunggu oleh umat Islam secara keseluruhannya. Perpaduan melalui berpegangnya kembali semua pihak dan parti-parti politik Islam kepada tali Allah sebagaimana yang dianjurkan di dalam al Quran.

“Yakinlah, apabila kita berpadu dan bersatu di atas jalan menegakkan yang hak, bantuan Allah itu pasti akan menyusul.

“Tidak kira UMNO atau PAS atau mana-mana parti didukung umat Islam, usaha ini haruslah dipandang sebagai satu peluang untuk memperbetulkan keadaan negara yang semakin hari semakin parah,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah meluluskan enakmen untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.

Dua belas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional, bersama 31 ADUN PAS dan seorang ADUN PKR, menyokong rang undang-undang itu.

Selepas ini, Kerajaan PAS Kelantan bakal membentangkan undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat sebagai Rang Undang-undang Persendirian.

Ustaz Mohamed Hafiz berkata, PEMBELA akan bersama semua pihak yang meletakkan agenda perpaduan umat Islam dan seterusnya menegakkan kedaulatan Islam sebagai keutamaan agenda perjuangan.

“Justeru, kita ingatkan kepada pihak-pihak luar terutama parti politik bukan Islam, golongan pemimpin politik Islam liberal dan media-media negara luar untuk menghentikan segala polemik mengenai urusan hudud ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s