Isu gereja haram Taman Medan : PEMBELA desak PBT ambil tindakan segera

ustz-mohd-hafiz-pembela

BANGI, 2 Mei – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera ke atas gereja haram Taman Medan, Petaling Jaya.

“Apa gunanya ada akta atau undang-undang kalau ianya tidak dipatuhi?

“Malah, lebih buruk lagi apabila peruntukan undang-undang tersebut dilanggar dan tiada penguatkuasaan ke atasnya.

“Jadi kami desak pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan ke atas gereja tersebut yang tiada permit tetapi masih beroperasi secara haram,” tegas Pengerusinya, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Baru-baru ini, Concerned Lawyers for Justice (CLJ) membuat kenyataan bahawa gereja tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 jika sabit kesalahan.

Menurut CLJ, penubuhan gereja Taman Medan menyalahi undang-undang.

“Mengikut seksyen 70 (12) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, mana-mana orang yang menggunakan apa-apa bangunan atau sebahagian daripada sesuatu bangunan bagi maksud selain daripada yang pada asalnya dibina untuk tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan boleh juga apabila disabitkan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas suatu notis untuk berhenti menggunakan untuk tujuan lain telah disampaikan kepada orang itu.

“Oleh demikian jelas adalah haram dan menjadi kesalahan apabila mereka tindak mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa,” tulis CLJ dalam kenyataan bertajuk ‘Elizabeth Wong and Selangor State Committee on Non-Islamic Affairs Are Wrong’.

Taman-Medan-protest

Ustaz Hafiz berkata, dalam isu yang melibatkan agama, pihak berkuasa tidak boleh bersikap ‘double standard’

“Apabila segelintir rakyat bangkit menyuarakan ketidakpuasan, sewajarnya ia diambil tindakan.

“Sebaliknya dalam isu ini, pihak Kerajaan PKR Selangor dilihat telah membelakangkan undang-undang dan bersekongkol dengan pihak yang dengan sengaja melanggar undang-undang.

“Kita sangat kesal dengan apa yang berlaku. Kita tidak mahu perkara seperti ini akan menjadi ikutan ke atas kes-kes yang seumpama dengannya kelak,” ujarnya.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang dihubungi bagaimanapun enggan mengulas. Ketika didesak menyatakan kedudukan gereja berkenaan pegawai terbabit berkata: “Kami pun tak tahu siapa yang incharge”.

Pada 21 April lalu, Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria, dilaporkan berkata unit rumah kedai tersebut tidak mempunyai lesen untuk beroperasi sebagai sebuah gereja dan dibuka secara haram.

Pemiliknya juga dilaporkan tiada permit meletakkan salib pada bangunan itu.

“Semua tempat-tempat ibadat yang ingin memaparkan logo atau simbol pada bangunan mesti mempunyai permit majlis yang merupakan pihak berkuasa tempatan,” kata Zainun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s