Pihak PEMBELA mengambil serius kenyataan yang jelas menghina kedudukan serta kuasa Sultan Selangor, menghina Agama Negeri Selangor (Perkara XLVII), Menghina Kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama Negeri Selangor (Perkara XLVIII) dan melanggar sumpah Ahli Dewan Negeri (Perkara LXXII) sebagai termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 (UUTNS) yang diucapkan penuh biadab oleh Teng Chang Kim.
Teng Chang Kim telah dipetik oleh beberapa portal mengeluarkan kenyataan berbunyi seperti berikut :
“Kenapa pula kamu datang ke Selangor yang tidak mahu melaksanakan hudud, untuk memperjuangkan hudud?”
Jelas Teng Chang Kim cuba mengamalkan kefahamannya dengan bersikap tidak aman dan harmoni kepada Islam sepertimana yang disyaratkan di dalam Perkara XLVII UUTNS.
Beliau juga dilihat melanggar sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dengan menghina Agama Negeri. Siapa Teng Chang Kim untuk menentukan bahawa Selangor telah membuat keputusan untuk menolak Hudud yang merupakan sebahagian daripada Agama Negeri? Apakah dia Sultan Yang Berkuasa?
Sikap keterlaluan dan “gila” ini timbul hanya kerana hendak menyokong perbuatan biadab terhadap Islam oleh penasihat partinya di Kota Bharu Kelantan, baru-baru ini.
Semakin terserlah di mata rakyat terutamanya orang-orang Islam betapa pemimpin-pemimpin besar DAP ini bernafsu rakus dalam menentang Islam dan hukum-hukum ALLAH. Jika pemimpin DAP tidak mahu menghormati PAS sebagai rakan kongsi mereka, itu masalah dalaman pakatan mereka. Tetapi, pergolakan dalaman mereka ini dilihat semakin merebak sehingga tidak mahu menghormati Islam sebagai agama negeri dan negara jelas menunjukkan sikap pelampau yang jelas ada pada pemimpin-pemimpin Dap.
Kami menyeru agar umat Islam membuka mata dan hati agar menolak sepenuhnya DAP yang sangat ekstrim ini. Perjuangan yang ekstrim seperti yang ditunjuk Dap sangat bercanggah dengan Perlembagaan dan semangat Rukun Negara. Sewajarnya parti seperti DAP tidak wujud di negara Islam seperti Malaysia. Parti ekstrim seumpama ini hanya akan mencipta gelombang yang tidak sihat ke arah kacau bilau di antara agama dan kaum. PEMBELA mengecam pendekatan jahat Lim Kit Siang dan Teng Cheng Khim yang tidak menghormati Islam sebagai agama negeri dan negara.
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin