Gereja Perlu Rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka Dalam Isu Nama Suci Allah

Puak Kristian yang kini kembali lantang membangkitkan isu penggunaan kalimah Allah dalam bible atau upacara keagamaan mereka dinasihatkan untuk merujuk pihak berautoriti terlebih dahulu sebelum membahaskan isu itu.
Bercakap kepada Ismaweb, Aktivis i-Peguam, Aidil Khalid, berkata Seksyen 6A Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memperuntukkan bahawa lembaga DBP adalah satu-satunya pihak yang berkuasa bagi menyelaras berkenaan istilah dalam bahasa kebangsaan.
“Apakah pihak gereja pernah merujuknya kepada DBP, bagi menentukan ketepatan terjemahan mereka itu, sebelum dengan semberononya menyalahgunakan kalimah Allah?
“Kalau dibuka Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, jelas diperuntukkan bahawa Allah itu adalah Tuhan (Yang Esa).
“Jadi jelas sekali bahawa terjemahan konsep ketuhanan triniti kepaada Allah adalah terjemahan yang salah dan sama sekali tidak tepat, bahkan merosakkan bahasa,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan beberapa puak Kristian yang mula membangkitkan semula isu kalimah Allah.

 

Minggu lalu, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengeluarkan kenyataan membantah draf prosedur operasi standard (SOP) yang menghalang terbitan Kristian dengan perkataan Allah diimport ke dalam Semenanjung Malaysia.
Kelmarin pula, Pengerusi Christians for Peace and Harmony Malaysia (CPHM), Wong Kim Kong menegakkan pendirian bahawa keputusan mereka untuk menggunakan kalimah Allah bukan untuk memurtadkan umat Islam.
“Saya ingin memberi jaminan bahawa tuduhan itu sebenarnya tidak benar. Gereja ini, setakat yang saya tahu, tidak pernah menggunakan kalimah Allah untuk memurtadkan, “kata Wong.
Tegas Aidil, soal berkenaan sama ada benar atau tidak terdapat cubaan untuk mendakwahkan agama Kristian kepada orang Islam (dalam menggunakan kalimah Allah dalam bible), bukanlah soal yang relevan lagi.
Katanya, jika mereka mengatakan bahawa mereka tidak menggunakannya untuk memurtadkan orang Islam, hakikatnya keputusan Mahkamah tertinggi di Malaysia, iaitu Mahkamah Persekutuan, telah pun menyatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri berhak untuk melarang penyalahgunaan kalimah suci itu.
“Justeru kenapa mereka tidak mahu akur kepada keputusan ini? Sikap degil, tidak hormat dan keengganan untuk menerima keputusan Mahkamah tertinggi di Malaysia inilah yang menyebabkan keharmonian sukar dicapai.
“Walhal kes tersebut telah pun dibicarakan secara panjang lebar, dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan akhirnya ke Mahkamah Persekutuan,” katanya.

http://www.ismaweb.net/2015/06/kalimah-allah-gereja-mesti-rujuk-pakar-bahasa/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s