PEMBELA Tolak ‘Tafsiran Songsang’ Terhadap Keputusan Mahkamah Persekutuan

Pihak PEMBELA dan NGO-NGO Islam menolak untuk mempercayai kenyataan yang dikatakan dikeluarkan dari Putrajaya yang membenarkan kalimah Allah boleh digunakan di dalam gereja dan orang-orang Kristian. Pihak kami mendesak pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut bertanggungjawab dengan kekeliruan yang secara sengaja disebarkan. Pihak PEMBELA telah mengadakan banyak pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun…

JPM Akan Kemuka Rayuan Berhubung Kalimah Allah – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan perkataan “Allah” di Mahkamah Rayuan bagi tindakan dan pembelaan sewajarnya demi memastikan kesucian Islam di Malaysia terpelihara. Justeru itu, Menteri di JPM Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom meminta…

Tun M: Kebenaran Penggunaan Kalimah Allah Perlu Diiringi Syarat Ketat

KUALA TERENGGANU, 2 Jan (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya perlu diiringi syarat yang ketat. Beliau berkata walau apapun alasan yang diberi sebagai justifikasi keputusan berkenaan, ia tetap menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini. “Ini…

MAPIM Merayu Untuk Mengadap Majlis Raja-raja Melayu

Kenyataan Media 1 hb Januari 2010 KES KALIMAH ALLAH – MAPIM MERAYU UNTUK MENGADAP MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU MAPIM menyeru seluruh NGO Islam di seluruh negara untuk bersama-sama bersatu menyatakan keprihatinan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kelmarin yang mengizinkan penggunaan Kalimah Allah oleh pihak gereja di Malaysia dalam majalahnya Herald. Bagi kami keputusan yang diistiharkan oleh Hakim…

Perlu bijaksana bagi menjamin keharmonian kaum

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Isu penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly perlu ditangani dengan bijaksana bagi menjamin keharmonian kaum. Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dalam negara majmuk seperti Malaysia, konsep adat, budaya, konvensyen, etika dan undang-undang memainkan peranan penting bagi menjamin keharmonian antara kaum.…

Kalimah Allah eksklusif untuk Islam – PUM

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama Islam sahaja kerana ia sebahagian daripada ayat-ayat suci al-Quran dan langsung tidak terdapat dalam kitab agama lain. Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, keputusan mahkamah membenarkan kalimah itu digunakan oleh agama lain adalah satu tragedi dan…

Melayu berpecah Islam dipertikai

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN pengarang@utusan.com.my PUTRAJAYA 1 Jan. – Perpecahan orang Melayu menjadi penyumbang kepada tindakan pihak tertentu berani mempertikaikan sesuatu perkara yang menjadi hak Islam di negara ini. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tahap perpaduan yang rendah itu memberi peluang kepada pihak terbabit sewenang-wenangnya menyuarakan pendapat mereka mengenai isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat…

Majlis agama, Macma rujuk ke Mahkamah Persekutuan

Dari Utusan Malaysia – Oleh AMIRUDDIN HARUN KUALA LUMPUR 21 Nov. – Tujuh majlis agama Islam negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) mahu merujuk persoalan undang-undang berhubung isu larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald – The Catholic Weekly ke Mahkamah Persekutuan. Peguam Mubashir Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas)…