13 NGO Buat Laporan Polis Bantah Majalah Guna Kalimah Allah

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) — Sebanyak 13 badan bukan kerajaan (NGO) Ahad membuat laporan polis kerana membantah tindakan majalah Herald – The Catholic Weekly, menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung…

Penghakiman Kes Kalimah Allah Memberi Kesan Terhadap Agama Persekutuan

OLEH: ZAINUL RIJAL ABU BAKAR Keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan 31 Disember 2009 lepas yang membenarkan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur menggunakan kalimah Allah  dalam penerbitan mingguannya, Herald –The Catholic Weekly merupakan suatu tamparan yang hebat kepada usaha memartabatkan agama Islam sebagai “ Agama Negara”.  Masyarakat Islam arusperdana melihat penghakiman ini sebagai…

Tun M: Kebenaran Penggunaan Kalimah Allah Perlu Diiringi Syarat Ketat

KUALA TERENGGANU, 2 Jan (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya perlu diiringi syarat yang ketat. Beliau berkata walau apapun alasan yang diberi sebagai justifikasi keputusan berkenaan, ia tetap menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini. “Ini…

MAPIM Merayu Untuk Mengadap Majlis Raja-raja Melayu

Kenyataan Media 1 hb Januari 2010 KES KALIMAH ALLAH – MAPIM MERAYU UNTUK MENGADAP MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU MAPIM menyeru seluruh NGO Islam di seluruh negara untuk bersama-sama bersatu menyatakan keprihatinan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kelmarin yang mengizinkan penggunaan Kalimah Allah oleh pihak gereja di Malaysia dalam majalahnya Herald. Bagi kami keputusan yang diistiharkan oleh Hakim…

Perlu bijaksana bagi menjamin keharmonian kaum

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Isu penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly perlu ditangani dengan bijaksana bagi menjamin keharmonian kaum. Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dalam negara majmuk seperti Malaysia, konsep adat, budaya, konvensyen, etika dan undang-undang memainkan peranan penting bagi menjamin keharmonian antara kaum.…

Kalimah Allah eksklusif untuk Islam – PUM

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama Islam sahaja kerana ia sebahagian daripada ayat-ayat suci al-Quran dan langsung tidak terdapat dalam kitab agama lain. Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, keputusan mahkamah membenarkan kalimah itu digunakan oleh agama lain adalah satu tragedi dan…

Melayu berpecah Islam dipertikai

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN pengarang@utusan.com.my PUTRAJAYA 1 Jan. – Perpecahan orang Melayu menjadi penyumbang kepada tindakan pihak tertentu berani mempertikaikan sesuatu perkara yang menjadi hak Islam di negara ini. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tahap perpaduan yang rendah itu memberi peluang kepada pihak terbabit sewenang-wenangnya menyuarakan pendapat mereka mengenai isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat…

Kamuflase Umat Kristiani di Indonesia

Dalam beberapa hari ke depan, umat Kristiani akan merayakan hari raya mereka, yaitu hari raya Natal. Di Indonesia, agama yang dibawa ke tanah air oleh kaum kolonialis ini merupakan minoritas. Namun, mereka merupakan minoritas yang cukup besar pengaruhnya. Selain itu, upaya mereka yang sangat gigih dalam melakukan aksi misionaris terhadap umat Islam telah meningkatkan jumlah…

Sokongan Kes Penggunaan Kalimah Allah

Umat Islam sekitar Lembah Klang disaran datang beramai-ramai untuk memberi sokongan terhadap kes penggunaan Kalimah Allah yang akan didengar di Mahkamah Tinggi Persekutuan pada 25 Ogos 2009 (Selasa) jam 2:30 petang. Setiap NGO Islam sekitar Lembah Klang disaran menghantar agar menghantar seramai mungkin ahli mereka untuk memberi sokongan moral kepada Majlis-majlis Agama negeri-negeri dan NGO-NGO…

Taib Azamudden Jelas Penggunaan Nama Allah

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Dewan Rakyat Khamis diberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Taib Azamudden Mat Taib (PAS-Baling) berkata ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam. Taib Azamudden, yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara…