Kes Kalimah Allah – Kenyataan Media KP JAKIM

Ruj. Kami : Jakim(2.00)/8/3 Jld. 3(34) Tarikh : 4 Januari 2010 KENYATAAN MEDIA Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Keputusan Mahkamah Tinggi Mengenai Penggunaan Kalimah Allah 1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berpandangan TS Murphy Pakiam Archbishop Roman Catholic Kuala Lumpur harus mengguna kebijaksanaannya agar tidak menggunakan lafaz Allah dalam sebarang bahan terbitan…

Penghakiman Kes Kalimah Allah Memberi Kesan Terhadap Agama Persekutuan

OLEH: ZAINUL RIJAL ABU BAKAR Keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan 31 Disember 2009 lepas yang membenarkan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur menggunakan kalimah Allah  dalam penerbitan mingguannya, Herald –The Catholic Weekly merupakan suatu tamparan yang hebat kepada usaha memartabatkan agama Islam sebagai “ Agama Negara”.  Masyarakat Islam arusperdana melihat penghakiman ini sebagai…

JPM Akan Kemuka Rayuan Berhubung Kalimah Allah – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan perkataan “Allah” di Mahkamah Rayuan bagi tindakan dan pembelaan sewajarnya demi memastikan kesucian Islam di Malaysia terpelihara. Justeru itu, Menteri di JPM Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom meminta…

MAPIM Merayu Untuk Mengadap Majlis Raja-raja Melayu

Kenyataan Media 1 hb Januari 2010 KES KALIMAH ALLAH – MAPIM MERAYU UNTUK MENGADAP MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU MAPIM menyeru seluruh NGO Islam di seluruh negara untuk bersama-sama bersatu menyatakan keprihatinan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kelmarin yang mengizinkan penggunaan Kalimah Allah oleh pihak gereja di Malaysia dalam majalahnya Herald. Bagi kami keputusan yang diistiharkan oleh Hakim…

Perlu bijaksana bagi menjamin keharmonian kaum

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Isu penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly perlu ditangani dengan bijaksana bagi menjamin keharmonian kaum. Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dalam negara majmuk seperti Malaysia, konsep adat, budaya, konvensyen, etika dan undang-undang memainkan peranan penting bagi menjamin keharmonian antara kaum.…

Kalimah Allah eksklusif untuk Islam – PUM

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama Islam sahaja kerana ia sebahagian daripada ayat-ayat suci al-Quran dan langsung tidak terdapat dalam kitab agama lain. Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, keputusan mahkamah membenarkan kalimah itu digunakan oleh agama lain adalah satu tragedi dan…

Melayu berpecah Islam dipertikai

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN pengarang@utusan.com.my PUTRAJAYA 1 Jan. – Perpecahan orang Melayu menjadi penyumbang kepada tindakan pihak tertentu berani mempertikaikan sesuatu perkara yang menjadi hak Islam di negara ini. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tahap perpaduan yang rendah itu memberi peluang kepada pihak terbabit sewenang-wenangnya menyuarakan pendapat mereka mengenai isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat…

Sokongan Kes Penggunaan Kalimah Allah

Umat Islam sekitar Lembah Klang disaran datang beramai-ramai untuk memberi sokongan terhadap kes penggunaan Kalimah Allah yang akan didengar di Mahkamah Tinggi Persekutuan pada 25 Ogos 2009 (Selasa) jam 2:30 petang. Setiap NGO Islam sekitar Lembah Klang disaran menghantar agar menghantar seramai mungkin ahli mereka untuk memberi sokongan moral kepada Majlis-majlis Agama negeri-negeri dan NGO-NGO…

Majlis agama, Macma rujuk ke Mahkamah Persekutuan

Dari Utusan Malaysia – Oleh AMIRUDDIN HARUN KUALA LUMPUR 21 Nov. – Tujuh majlis agama Islam negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) mahu merujuk persoalan undang-undang berhubung isu larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald – The Catholic Weekly ke Mahkamah Persekutuan. Peguam Mubashir Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas)…