Komen dari ‘Rasul Melayu’

Di awal pagi tadi blog ini menerima komen dari seorang yang mengaku Kahar ‘Rasul Melayu’.  Dengan komen yang panjang lebar serta menyesatkan kami tidak dapat siarkan. Turut serta diberi alamat blognya. Alhamdulillah, sepertimana yang telah dilaporkan dalam posting di bawah, kini dia ditahan di Penjara Kajang sehingga tarikh pembicaraan. Syabas di atas tindakan pantas JAIS.

Rasul Melayu Bakal Beraya Dalam Penjara

SHAH ALAM, 16 Sept (Bernama) — Selepas tiga tahun mengelak daripada dibicarakan, ketua ajaran sesat ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, bakal menyambut Aidilfitri dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi Syariah di sini , Rabu memerintahkan supaya dia ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang. Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa…

‘Malay Prophet’ nabbed for deviant teachings

dari The Star SHAH ALAM: The Syariah High Court issued a detention order against self-proclaimed “Rasul Melayu” (Malay Prophet) Abdul Kahar Ahmad for alleged deviant teachings pending a hearing on Oct 7. Syariah Judge Abu Zaky Mohammad made his ruling on Wednesday after finding Abdul Kahar guilty of failing to appear in court after being…

Pengumuman: Keputusan Kes Kahar & Sulaiman Takrib

Pengumuman Kes Ajaran Sesat Keputusan Kes Kahar Ahmad dan Sulaiman Takrib Kes Kahar Ahmad yang mengaku menjadi Rasul Melayu dan kes Sulaiman Takrib, pengikut Ayah Pin akan diputuskan pada hari Jumaat ini 26 September 08 jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Dalam kes tersebut, mereka menggunakan hujah bahawa Undang-undang Jenayah Syariah hanya boleh digubal…