Kementerian Dalam Negeri Fail Rayuan Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri pada Isnin memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan “Allah” digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald. Selasa, kementerian itu akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Dis. “Notis penangguhan pelaksanaan perintah itu akan difailkan di Pejabat Pendaftar…