Pastikan Islam kekal agama Persekutuan

KUALA LUMPUR 8 April – Persatuan Peguam Muslim Malaysia mahu kerajaan memastikan peranan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama yang diumumkan penubuhannya kelmarin mengambil kira Islam sebagai agama Persekutuan. Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, justeru pihak yang terlibat dalam jawatankuasa itu tidak boleh sesekali mahu menyamakan hak semua agama kerana Islam punya kedudukan istimewa…

Penghakiman Kes Kalimah Allah Memberi Kesan Terhadap Agama Persekutuan

OLEH: ZAINUL RIJAL ABU BAKAR Keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan 31 Disember 2009 lepas yang membenarkan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur menggunakan kalimah Allah  dalam penerbitan mingguannya, Herald –The Catholic Weekly merupakan suatu tamparan yang hebat kepada usaha memartabatkan agama Islam sebagai “ Agama Negara”.  Masyarakat Islam arusperdana melihat penghakiman ini sebagai…

Mahkamah sivil, syariah tidak harus bersaing

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar dari Berita Harian 30 November 2009 Pemahaman garis panduan dalam Perlembagaan Persekutuan perlu bagi elak pertembungan BANYAK isu perundangan Islam dipaparkan dalam media sejak kebelakangan ini dan ia bagaikan tiada kesudahan. Pelbagai pihak tidak mahu ketinggalan untuk membincang dan membahaskannya meskipun sesetengahnya tidak terdidik dalam bidang berkaitan. Kerana terlalu teruja…

Keputusan Jemaah Menteri Meminggir Perlembagaan Persekutuan dan Hukum Syarak

KEPUTUSAN JEMAAH MENTERI MEMINGGIR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN HUKUM SYARAK Zainul Rijal Abu Bakar Setiausaha Agong, Peguam Pembela Islam Masyarakat Islam arus perdana amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibubapanya berkahwin walaupun salah…

Peguam Syarie kesal – 4 negeri belum gubal undang-undang kawal pengembangan agama lain

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm Oleh HERMAN HAMID dan FAIZAH IZZANI ZAKARIA KUALA LUMPUR 28 Sept. – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kesal kerana sehingga kini empat negeri yang telah diarahkan menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam masih belum berbuat demikian. Presiden PGSM, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, isu…

Majlis Peguam perlu adil

Dipetik dari http://peguamsyarie.blogspot.com/ PADA 9 Ogos lalu, Majlis Peguam mengadakan forum ‘Memeluk Islam’. Tindakan majlis berkenaan dikatakan menimbulkan kemarahan umat Islam. Lanjutan itu, lebih 1,000 orang berkumpul membantah penganjuran forum tersebut yang disifatkan sengaja mahu mencemarkan imej Islam. Mengulas perkara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar menyifatkan tindakan Majlis Peguam tersebut…

Provokasi terhadap kesabaran Melayu

Merujuk Isu – Forum Memeluk Islam Anjuran Bar Council Dipetik dari blog Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) – Disiarkan dalam Utusan Malaysia 7 Ogos 08 KUALA LUMPUR 7 Ogos – Forum Memeluk Islam yang akan dianjurkan Majlis Peguam pada Sabtu ini disifatkan provokasi terhadap kesabaran masyarakat Melayu selain mengundang keresahan dan rasa tidak tenteram orang…

Perpaduan Islam wajar teras muzakarah

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar [di petik dari Laman Rasmi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com%5D Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) berasa amat gembira apabila pelbagai pihak mula membincangkan mengenai muzakarah antara PAS dan UMNO baru-baru ini. Ini bermakna sesi percambahan fikiran sedang diadakan. Kebaikan dan keburukan perkara ini diperhalusi oleh semua pihak…