Sekitar Laporan Polis Oleh PEMBELA Di Balai Polis Dang Wangi March 28, 2011
Posted by membelaislam in Constitution, Kes Kalimah Allah, Rights of Muslims.trackback
Pada jam 2:00 petang sekumpulan pemimpin dan ahli pelbagai NGO Islam yang menyokong tindakan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) untuk membuat laporan polis hari ini dilihat bergerak dari surau IPD Dang Wangi berkumpul berdekatan dengan Balai Polis Dang Wangi.

Sebahagian dari lebih 50 perwakilan dari pelbagai NGO Islam yang berkumpul untuk membuat laporan polis PEMBELA
Kira-kira jam 2:10 petang, seorang pegawai berpangkat DSP turun bertemu para wakil PEMBELA untuk mengetahui hasrat kumpulan yang berkumpul. Para perwakilan PEMBELA dimaklumkan hanya beberapa wakil pimpinan
sahaja dibenarkan masuk ke dalam untuk membuat laporan.
Sekitar jam 2:20 petang, para wakil PEMBELA memasuki balai dengan diiringi oleh seorang pegawai polis.
Di dalam balai, Sdr. Dr. Yusri Mohamed, selaku jurucakap PEMBELA, membuat laporan polis.
Selesai membuat laporan, perwakilan PEMBELA keluar ke depan pintu masuk IPD Dang Wangi serta diikuti oleh para penyokong sekitar 50 orang yang mewakili pelbagai NGO Islam untuk mengadakan sidang akhbar (klik untuk tonton rakaman).
Majlis berakhir sekitar jam 3:10 petang.



[...] adalah rakaman sidang media selepas PEMBELA membuat laporan pada 28 Mac 2011 di Balai Polis IPD Dang Wangi, Kuala [...]
[...] rakaman sidang media selepas Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) membuat laporan polis pada 28 Mac 2011 di Balai Polis IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur khusus terhadap kumpulan [...]