PEMBELA serah memorandum, desak Menteri kurangkan pengaruh MCCBCHST dalam JKMPKA

BANGI, Khamis – Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom mendesak agar dikurangkan pengaruh Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) dalam Jawatankuasa Mempromosi Perpaduan dan Keharmonian Antara Agama atau JKMPKA. Memo tu diserahkan oleh Pengerusinya, Ustaz Mohamed Hafiz…

Gereja Perlu Rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka Dalam Isu Nama Suci Allah

Puak Kristian yang kini kembali lantang membangkitkan isu penggunaan kalimah Allah dalam bible atau upacara keagamaan mereka dinasihatkan untuk merujuk pihak berautoriti terlebih dahulu sebelum membahaskan isu itu. Bercakap kepada Ismaweb, Aktivis i-Peguam, Aidil Khalid, berkata Seksyen 6A Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memperuntukkan bahawa lembaga DBP adalah satu-satunya pihak yang berkuasa bagi menyelaras…

Kenyataan Media PEMBELA : Teng Chang Kim Biadab Dengan Sultan & Agama Negeri

Pihak PEMBELA mengambil serius kenyataan yang jelas menghina kedudukan serta kuasa Sultan Selangor, menghina Agama Negeri Selangor (Perkara XLVII), Menghina Kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama Negeri Selangor (Perkara XLVIII) dan melanggar sumpah Ahli Dewan Negeri (Perkara LXXII) sebagai termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 (UUTNS) yang diucapkan penuh biadab oleh Teng Chang Kim.…

Isu gereja haram Taman Medan : PEMBELA desak PBT ambil tindakan segera

BANGI, 2 Mei – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera ke atas gereja haram Taman Medan, Petaling Jaya. “Apa gunanya ada akta atau undang-undang kalau ianya tidak dipatuhi? “Malah, lebih buruk lagi apabila peruntukan undang-undang tersebut dilanggar dan tiada penguatkuasaan ke atasnya. “Jadi kami desak pihak berkuasa tempatan untuk…

Wakil rakyat Malaysia mesti fasih bahasa kebangsaan

KUALA LUMPUR, 29 April – Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, menyokong cadangan mensyaratkan individu yang ingin menjadi wakil rakyat harus fasih berbahasa Melayu dan memiliki kepujian bagi bahasa itu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau berkata, setiap pemimpin di negara ini perlu boleh bertutur bahasa Melayu dengan…

Gereja-Gereja Haram Di Seluruh Negara Mesti Ditutup

Malaysia ialah sebuah negara yang mendaulatkan prinsip kedaulatan undang-undang. Setiap satu perkara yang melanggar undang-undang, harus dikenakan tindakan undang-undang. Sekiranya undang-undang itu ada serta lengkap, tetapi pelaksana undang-undang itu tidak melaksanakan undang-undang dengan penuh amanah, bukanlah undang-undang itu yang bermasalah. Tetapi si pelaksana undang-undang itulah yang harus dipersalahkan. Telah dilaporkan bahawa tumbuh berpuluh gereja di…

Alvin Tan seorang yang terlampau biadab – Timbalan Mufti Perak

Melafazkan kalimah suci azan diiringi muzik dan dalam keadaan separuh bogel serta dilatari dengan botol minuman keras membuktikan Alvin Tan seorang yang terlampau biadab, kata Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim. Beliau berkata, ada rakyat Malaysia yang memberikan komen mengatakan dia semakin berjinak-jinak dengan Islam dengan menerbitkan video tersebut. “Sukar untuk bersangka baik dengan…

Kertas Kerja Tan Sri Prof Dr Ahmad Ibrahim berkaitan Hudud

Berikut adalah antara isikandungan kertas kerja yang pernah diusahakan oleh Allahyarham Tan Sri Prof Dr Ahmad Ibrahim untuk pembentangan di dalam program NADWAH PEMBANGUNAN ISLAM KELANTAN yang berlangsung pada 24 hingga 26 Ogos 1992 [25 hb hingga 27hb Safar 1413 Hijriah]. *********** “Sistem hukum Islam adalah berasaskan kepada prinsip-prinsip yang diwahyukan oleh Allah di dalam al-Quran…

Hudud boleh dilaksana tanpa pindaan Perlembagaan

Putrajaya: Kerajaan Kelantan boleh melaksanakan hukum hudud tanpa melakukan pindaan Perlembagaan yang hanya membabitkan kesalahan tertakluk dalam Senarai Negeri di bawah Senarai II Jadual Kesembilan merangkumi zina, qazaf (menuduh zina), minum arak dan murtad. Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, perkara itu adalah pilihan pertama berhubung pelaksanaan hukum hudud dalam kerangka Perlembagaan…

Sultan Perak Memang Murka

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memang murka dengan tindakan wakil rakyat pembangkang mengenakan pakaian hitam semasa perasmian Sidang DUN pada Selasa. Sehubungan itu, Dr Zambry mengherdik wakil rakyat pembangkang yang masih mempersoalkan kesahihan kemurkaan tuanku dan mendakwa kononnya beliau dan Speaker DUN yang membuat…