Wakil rakyat Malaysia mesti fasih bahasa kebangsaan

rais-yatim

KUALA LUMPUR, 29 April – Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, menyokong cadangan mensyaratkan individu yang ingin menjadi wakil rakyat harus fasih berbahasa Melayu dan memiliki kepujian bagi bahasa itu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata, setiap pemimpin di negara ini perlu boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik.

“Jika ini dapat disyaratkan, ia sangat baik. Ia merupakan satu konsistensi yang boleh kita ikut demi tanah air yang kita cintai.

“Memang tidak ada kesan baiknya kalau seseorang pemimpin tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik (fasih).

“Bagi saya, pandangan seperti itu khasnya memberi dokongan kepada menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Quality Day 2015′ Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya mensyaratkan individu yang mahu menjadi wakil rakyat di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sekurang-kurangnya mendapat kepujian (kredit) bahasa Melayu dalam SPM.

Ridhuan Tee juga mencadangkan agar wakil rakyat ditemu duga penguasaan bahasa Melayu dan sejarah kenegaraan sebelum dibenarkan bertanding.

Ini kerana masih terdapat anggota Parlimen yang tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik iaitu masih menggunakan sebutan perkataan melucukan seperti kata-kata ‘lu’ (kamu), ‘terbulu-bulu’ (terburu-buru) dan ‘laja’ (raja).

Malah Ustaz Ridhuan Tee juga menulis ungkapan lucu membidas ultra kiasu dengan kata-kata ““Haiyaa…ini maciam pun ada, manyak susah wooo. Bulung-bulung pun telebang di angkasee…”.

Rais berkata:

“Oleh kerana kita mempunyai Akta Bahasa Kebangsaan dan juga di bawah Perkara 152 (Perlembagaan Persekutuan), kita mempunyai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan…memang penting bagi setiap ahli Parlimen, DUN dan Senator berkebolehan berbahasa Melayu”.

Dalam pada itu, Rais yang juga Presiden UIAM berkata universiti tempatan harus lebih banyak menggunakan bahasa Melayu dalam perantaraan kesenian (art) dan kemanusiaan (humanities) sebagai usaha menjadikan bahasa kebangsaan ini sebagai bahasa ilmu. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s