Alvin Tan seorang yang terlampau biadab – Timbalan Mufti Perak

Melafazkan kalimah suci azan diiringi muzik dan dalam keadaan separuh bogel serta dilatari dengan botol minuman keras membuktikan Alvin Tan seorang yang terlampau biadab, kata Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim.

Beliau berkata, ada rakyat Malaysia yang memberikan komen mengatakan dia semakin berjinak-jinak dengan Islam dengan menerbitkan video tersebut.

“Sukar untuk bersangka baik dengan Alvin. Berdasarkan penghinaannya terhadap Islam sebelum ini dan statusnya di Facebook, jelas dan terang dia sengaja berbuat demikian.

“Dia sengaja memainkan sentimen dan provokasi terhadap Islam dan orang Islam.

“Hakikatnya, spesies inilah yang sebenarnya akan mewujudkan suasana tegang di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Semalam, Alvin telah memuatnaik klip Video yang berdurasi 2 minit 50 saat memaparkan dia melaungkan azan sambil bermain piano yang kononnya dirakam di Tanah Suci umat Islam – Makkah, Arab Saudi.

Ustaz Zamri yang juga Yang Dipertua ISMA Ipoh berkata, dalam kes sebegini, pendekatan dialog yang paling hikmah ialah dengan menguatkuasakan undang-undang oleh pihak polis dan pihak berwajib melalui peruntukan yang sedia ada.

“Laksanakan hukuman sewajarnya supaya menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia yang sangat mendambakan keharmonian hidup di negara ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s