TERKINI !!!
Kami menerima beberapa pesanan ringkas SMS berbunyi:
Seruan untuk hadir ramai-ramai di Masjid Wilayah, Jalan Duta, esok 1hb Jan 2010, selepas solat Jumaat bagi sama-sama menunjukkan kepekaan dan bantahan saudara terhadap keputusan hakim Lau Bee Lian yang membolehkan majalah Katolik Herald mengguna perkataan “Allah”. Ramai-ramailah kita hadir bagi menyatakan bantahan anda secara aman.
Kami tidak dapat mengesahkan penganjurnya namun dirasakan perlu untuk menyampaikan seruan ini atas kepekaan kita terhadap keputusan yang sangat tidak disenangi oleh kita umat Islam seluruh Malaysia dan juga suatu keputusan yang bakal membawa pelbagai implikasi negatif.
________________
Mahkamah Putuskan Majalah Katolik Herald Boleh Guna Perkataan ‘Allah’
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) — Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan pada Khamis.
Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan “Allah”.
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan mingguan itu.
— BERNAMA
inna Allah ma’a al-sabirin…..