Kenyataan Akhbar PEMBELA: Isu Nurul Izzah – Tiada Paksaan Dalam Islam

KENYATAAN AKHBAR PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)
 
                                          
 
1. Kenyataan akhbar ini dibuat susulan kenyataan-kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang tidak bertanggungjawab dan anggap biadap, baru-baru ini;
 
2. Nampaknya, seolah-olah beliau tidak cermat dan kurang arif tentang ajaran Islam dan maksud ayat al-Qur’an: “Tiada paksaan dalam Islam” yang sebenarnya. Jauh sekali daripada punya rasa senstif terhadap kesan gandaan yang mungkin berlaku daripada kenyataan tersebut terhadap khalayaknya – Islam mahupun bukan Islam. Kecuali perbuatannya memang disengajakan bagi tujuan-tujuan tertentu;
 
3. Kenyataan tersebut bukan saja boleh mengeliru, menimbulkan rasa resah gelisah, dan dianggap berunsurkan hasutan malah, jika benar sepertimana yang dipetik dari rakaman media, ia juga boleh dimaksudkan orang Islam boleh pilih keluar dari agamanya – murtad – sepertimana bukan Islam boleh melakukannya.
 
4. Dalam Islam, mereka yang murtad boleh dihukum bunuh. Islam tidak membenarkan penganutnya masuk “separuh-separuh” saja. Sebenarnya maksud“Tiada paksaan dalam Islam” itu ditujukan kepada orang yang bukan Islam. Bukan yang sudah memeluk Islam
 
5. Justeru, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dengan ini menggesa supaya:
 
a. pihak berwajib membuat penyiasatan terperinci dan menyeleluruh terhadap insiden yang telah berlaku yang bukan saja menjejaskan imej, akan tetapi juga memberikan salah tanggapan kepada khalayaknya, disamping menjelaskan kepada rakyat, (khususnya orang Islam), apa sebenarnya yang terkandung di dalam kenyataan Naib Presiden PKR itu;
 
b. jika sabit bahawa kenyataan tersebut mengandungi unsur-unsur hasutan, dan melanggar undang-undang Shar’iah, maka tindakan yang sewajarnya dan setimpal hendaklah segera diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukannya;
 
c. mempastikan tiada siapa harus mempolitikkan mahupun menyentuh tentang Islam kalau mereka tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut dan, siapa yang boleh dikatakan pakar itu hendaklah bukan saja ditafsirkan dengan jelas, tetapi harus diterima rakyat dan para alim ulama Negara;
 
d. pihak berwajib menubuhkan sebuah badan pemantau tetap bagi mengawasi dan menyelaraskan segala kegiatan yang boleh dianggap tidak bertanggungjawab menyentuh tentang Islam di Negara ini.
 
e. badan ini hendaklah diberikuasa bertindak untuk melakukan apa saja yang perlu, sejajar dengan peraturan dan undang-undang Shari’ah mahupun Sivil yang terdapat di Negara ini.
 
6. Justeru, PEMBELA ingin menegaskan bahawa ia akan sentisa bersedia dalam apa jua keadaan, dan terus bertanggungjawab untuk mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan sepanjang masa, sejajar dengan kedudukannya di Negara ini sejak zaman berzaman.
 
7. PEMBELA juga memandang berat ungkapan biadap YB Nurul Izzah yang, kalau tidak segera dibendung, boleh menggalakkan tanggapan salah bahawa orang bukan Islam boleh sewenang-wenangnya melakukan apa saja untuk mengutuk dan menghasut orang Islam. Ini boleh dianggap bertentangan dengan  Artikel 11(4).
 
8. PEMBELA tidak akan sekali-kali menggalakkan dan terima sebarang petualang, (termasuk mana-mana ahli politik), untuk menangguk di air yang keruh,  untuk memporak perandakan ummah demi memenuhi niat jahat mereka,  lebih-lebih lagi mereka yang sedia bersekongkol membantu merosakkan akidah dan memurtadkan kaum seagamanya.
 
9. PEMBELA ingin menyarankan sesiapa yang didapati cuba memurtad/membantu memurtadkan orang Islam di Negara ini, jika sabit kesalahannya, hendaklah ditahan dan ditempatkan di dalam tempat kurungan khas pemulihan akidah oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri/Persekutuan. Kalau perlu, Akta/peruntukan undang-undang negeri, hendaklah digunakan dengan tegas.
 
Aminuddin Yahaya
Pengerusi, PEMBELA
 
12 November, 2012

2 thoughts on “Kenyataan Akhbar PEMBELA: Isu Nurul Izzah – Tiada Paksaan Dalam Islam

  1. Salam alaik..

    Nurul Izzah masih hidup..masih boleh bercakap dan memberi kenyataan..saya seru dan cadangkan pergi tanya dia sendiri apa yang beliau maksudkan,jangan sekadar membaca kenyataan2 dan putarbelit media terutamannya utusan..

    jika datang seorang yang fasiq membawa berita,maka selidikilah dulu..jangan main ambik jek..jangan nanti berita ISMA pun orang dah taknak percaya..

    buat kerja ingat dosa pahala..ittaqullah!

    • Nurul Izzah yg kamu puja tu sedor dosa pahala ke tidak? sebab dia pandai bercakap lah maka sampai terlepas menyokong supaya melayu diberi kebenaran murtad. bukan khabar angin mulut ke mulut tetapi BUKTI nya rakaman video ucapan nurul izzah sendiri.

      oh, putarbelit media ye? putarbelit kamu ni pulak? cemane?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s