Usah campur hak umat Islam: JAKIM

dipetik dari Berita Harian, Oleh Mohamed Farid Noh

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan pelaksanaan syariat Islam di negara ini, khususnya mempertikaikan kuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa sebagai panduan kepada umat Islam bagi menyelamatkan generasi muda melakukan perkara dilarang agama.

“Kita minta pihak yang tidak berkenaan tidak mencampuri hak orang Islam dalam menganuti agama Islam, apatah lagi mempertikai pihak berkuasa agama negara ini dalam menegakkan syiar Islam.

“Tindakan segelintir mereka mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menuduh fatwa yang dikeluarkan sebagai tidak adil dan menindas juga melanggar hak asasi manusia kerana mempertikaikan hak orang Islam beragama,” katanya, semalam.

Beliau mengulas laporan portal berita Jumaat lalu, mengenai tindakan NGO bukan Islam; Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini, yang mengeluarkan mengharamkan perlakuan ‘pengkid’ atau wanita yang menyamai lelaki.

Portal berita itu turut menyiarkan temubual eksklusif dengan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah yang mempertikaikan fatwa itu dan menyifatkannya tindakan lelaki yang mahu mengongkong kebebasan wanita negara ini di samping menjadikan negara dipandang serong serta ditertawakan negara luar.

Minggu lalu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dilaporkan berkata, tindakan pelbagai pihak lantang mencemuh serta memperlekehkan fatwa sebagai usaha menjatuhkan wibawa Majlis Fatwa walaupun Mahkamah Persekutuan sudah membuat penghakiman institusi fatwa sah di sisi Perlembagaan.

Wan Mohamad berkata, apa yang penting fatwa yang dikeluarkan itu mengambil kira kepentingan majoriti masyarakat Islam negara ini dan bukan mempertahankan kepentingan peribadi sesetengah golongan.

“Kita nasihatkan bukan Islam khususnya yang membantah fatwa merujuk tokoh agama masing-masing mengenai isu ‘pengkid’ atau isu lain dan tidak memperlekehkan ketetapan dibuat badan agama yang tidak dianuti mereka,” katanya.

2 thoughts on “Usah campur hak umat Islam: JAKIM

  1. orang bukan mempertikaikan kredibiliti islam tetapi kredibiliti orang yang mengeluarkan fatwa..

    persoalannya, siapa lah kita sebagai makhluk biasa cuba bertindak sebagai Yang Maha Kuasa kepada insan lain..

    amalan duniawi dan akibatnya selepas mati adalah di antara individu dengan tuhannya..

    • Saudara Dusunbukit,

      Penjelasan Sebenar tentang Fatwa
      Mufti-mufti di dalam Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan alim ulama yang telah diberikan tanggungjawab oleh Kerajaan Malaysia untuk menjaga akidah dan akhlak umat Islam supaya tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar menerusi pengeluaran fatwa. Adalah dituntut oleh agama Islam supaya pihak yang berkuasa seperti kerajaan dan para ulama untuk sentiasa menjaga akidah umat Islam agar terus terpelihara demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
      “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dibetulkan dengan secara berhikmah iatu dengan kuasanya, jika tidak mampu dengan lisannya, jikat tidak mampu lagi dengan hatinya. Yang demikian ini iman terlemah.”
      Orang-orang bukan Islam tidak sepatutnya mencampuri hal-ehwal umat Islam di negara ini apatah lagi berkenaan dengan perundangan dan hukum-hakam Islam. Fatwa misalnya, hanya dikeluarkan untuk umat Islam dan tidak kena mengena sama sekali dengan orang bukan Islam.
      Pihak berkuasa Islam di negara ini seperti JAKIM, Majis Fatwa Kebangsaan dan MUIS di Sabah, tidak pernahpun mencampuri hal-ehwal agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Kebebasan beragama dijamin sepenuhnya dalam perlembagaan negara.
      Walau bagaimanpun, bagi orang Islam, mereka perlu sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa oleh pihak yang arif tentang ilmu dan hukum-hakam agama. Islam merupakan agama fitrah insani yang sesuai dengan peredaran zaman. Tiada agama lain yang mengeluarkan hukum berkaitan isu klon, bayi tabung uji, isu DNA dan sebagainya. Ulama-ulama Islam masih bekerja keras mengeluarkan hukum bertepatan dengan teknologi hari ini.
      Perlu difahami bahawa syariah dalam Islam itu adalah semua peraturan hidup Islam yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan berdasarkan sunnah (teladan) Nabi Muhammad SAW. Ia adalah tetap (fixed). Namun untuk memastikan syariah itu relevan ia perlu sentiasa dikaitkan dengan peredaran zaman dan suasana terkini. Jadi fatwa perlu untuk memastikan (sebagai contoh) boleh atau tidak boleh kita menceraikan isteri melalui SMS (zaman Nabi Muhammad tiada teknologi telefon bimbit). Inilah pentingnya peranan para ulama dan fatwa pada masa kini.
      Oleh yang demikian, fatwa adalah penjelasan hukum. Nabi Muhammad juga menjelaskan hukum dalam konteks insaniah (kemanusiaan) melalui teladan hidupnya sebagai manusia biasa. Para ulama hanya berfatwa mengenai perkara yang tiada dalam kes-kes hidup zaman Muhammad. Seperti haramnya pengkid, di zaman Muhammad perkataan pengkid tidak wujud. Berdasarkan hal itu, fatwa tentang pengkid diperlukan pada hari ini. Meskipun dalam Al-Quran sudah dinyatakan tentang perkara yang haram bagi umat Islam seperti meminum arak, melakukan seks bebas dan perbuatan lelaki atau perempuan yang menyerupai jantina lain. Jelasnya, fatwa ulama adalah bersandarkan kepada ayat Al-Quran dan hanya menerangkan lagi apa yang telah Allah perintahkan.
      Memang kita sebagai manusia biasa tidak berhak menentukan tahap keimanan atau dosa pahala seseorang kerana yang lebih berhak menilai pada hari pembalasan nanti hanya Allah SWT. Sebagai manusia biasa yang memiliki nafsu, kita tidak akan lari daripada membuat dosa dan kesalahan. Disebabkan itulah Al-Quran dan hadis diturunkan kepada manusia sebagai panduan hidup yang sebenar sehingga ke akhir zaman. Mencegah kemungkaran dan bantu-membantu dalam perkara- perkara kebaikan amat dituntut oleh Islam demi manfaat umat sejagat, seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
      “Kamu menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar, serta beriman kepada Allah…” (Q.S. Ali Imran: 110)

      Terima kasih. Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s