Usaha Memurtadkan Pramugari Muslim MAS July 31, 2008
Posted by membelaislam in Article 11, Constitution, Rights of Muslims.Tags: Article 11 (4), Artikel 11, bantahan, Idris Jala, Kristian, laporan polis, Memurtadkan, Pramugari MAS
trackback
Terdapat usaha-usaha di kalangan beberapa kakitangan MAS yang cuba memurtadkan krew dan pramugari-pramugari MAS semasa mereka dalam penerbangan. Usaha sebegini dikatakan sudah sekian lama berlaku tanpa tindakan serious diambil oleh pihak yang berwajib.
Pada awal tahun ini [22 Jan 2008] terdapat satu lagi usaha tersebut yang dilakukan oleh seorang Chief Steward semasa dalam penerbangan MH0140 dari Brisbane ke KL. Beliau dikatakan telah cuba mempengaruhi pramugari-pramugari MAS untuk meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian dengan memberi hujah-hujah yang mengelirukan.
Satu laporan polis telah dibuat oleh salah seorang pramugara Muslim terhadap tindakan beliau dan semua barangan bukti telah diserahkan kepada polis.
Sebagai bantahan demi membela Islam, sayugialah orang ramai menghantar bantahan samada secara persendirian mahupun secara kumpulan atas nama pelbagai pertubuhan kepada
Dato Idris Jala Pengarah Urusan Malaysia Airlines 1st Floor Admin Building 1, Complex A, SAAS Airport 47200 Subang, Selangor DE Fax: 03-78439400 Tel: 03-78404801Harus diingat Dato Idris adalah adalah seorang beragama Kristian dan jangan pula dia yang nanti berusaha melindungi kakitangan yang telah melakukan kesalahan serious di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Article 11 (4)
State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.
Sehingga kini, selepas pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan, termasuk NGO-NGO Islam telah bersemuka dan menyatakan bantahan mereka kepada Pengerusi MAS sendiri, namun belum ada tindakan rasmi yang dilaporkan diambil terhadap kakitangan MAS tersebut yang secara terangan telah menyalahi perlembagaan Persekutuan.
Siasatan polis juga dilaporkan tidak diteruskan.


biaselah sekarang ni pun banyak propaganda secara senyap yang hendak menarik orang orang Melayu dan Islam supaya “meninggalkan Melayu dan Islam”
Itulah pentingnya kita sbg Umat Islam memahami ajaran Islam itu sebenarnya ada sebab dan alasan kenapa kita diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengadap ka’abah ketika solat,cerita ini ada didalam al-quran,ramai umat islam yg tidak tahu kenapa kita mengadap Kiblat/Ka’abah,jadi mudah dikelirukan oleh kaum yg dicap oleh Allah sbg kaum yg sesat(Nasara) dan yg dimurkai(yahudi),salah satu sebabnya ialah supaya kita semua umat islam bersatu padu dan bersatu hati,krn kita mengarah ke tempat yg sama ketika solat,dan ada satu lg sbb yg lebih besar,jika rakan muslim ingin mengetahuinya boleh bertanya dgn org2 alim yg berilmu,krn mereka lebih layak menceritakan perkara ini….
perkara mcm ni jgn dianggap biasa, walaupun ianya biasa berlaku (bak kata aliff la..), tetapi kita sbg umat islam tak boleh anggap ianya biasa..
yg dah tahu tu ada tanggungjawab untuk membanteras.. kalo x boleh ambil tindakan at least bagi komen yg mencerminkan kita ni umat islam yg sayang pada islam..
so pandangan saya, MAS kene ader penasihat syariahnya supaya keuntungan syarikatnya terjamin berkat dan halal.. di samping itu boleh mengukuhkan amalan budaya kerja keislaman, secara tak langsung boleh menghalang usaha memurtadkan pramugari2 MAS.. kalo prkampungan org asli yg kurang ilmu pengetahuan boleh mengekalkan keislamannya walaupun baru mengenal islam, inikan pula kita yg lahir sbg islam.. di sg siput Perak sekumpulan sami buddha dari thailand dtg dgn 10 biji 4WD, tawarkan setiap rumah RM 3k kalo diorang menganut agama buddha, tapi kene halau dgn tok batin, siap anak2 kecil baling batu kat diorang..
mungkin kita dikelirukan dgn hujah mereka yg sekali fikir ‘macam logik’ la.. tapi kalo islam tu tebal dlm hati, mcmana punya keliru pun kita takkan murtad tapi mencari jawapan kpd kekeliruan tersebut..
ingat, islam tu agama Allah, islam tak perlukan kita untuk bertahan, tapi kita perlukan islam untuk mendapat keredhaan dan keberkatan hidup.. it’s true life is like a chocolate, it it before it melt.. and islam is the way of life, so learn it (the right way) before u die..
Betul ke Dato’ Idris Jala tu Kristian. Sape yang tahu tolong confirmkan, jangan salah tuduh isu agama ini kes berat
All Praise to ALLAH The Most Merciful and The Most Beneficient
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
- maaf kami tidak dapat siarkan komen saudara kerana bahasa yang digunakan
(membelaislam)
Idris Jala sememangnya beragama Kristian. Beliau aktif dengan Bible Study Group semenjak menuntut dulu di USM lagi.
(membelaislam)
Yang murtad tu dalam Islam sebenarnya tak berkualiti, dan jaminan Allah akan menggantikan dengan lebih berkualiti.
Aku cakap ni riso juga pasai tak kena keluarga aku, kalo kena keluarga aku, simpang malaikat 44.
Salam…
isu murtad mmg dh berleluasa…bukan setakat dlm MAS tp kat ipt2 sendiri dh ramai x kenal agama sendiri n terpedaya ngan agama lain coz jahil ngan agama sendiri…pelajar2 agama di ipta didiskriminasi, kena halang bila wat prgrm agama…mcm mana mahasiswa harapan negara nak tadbir negara klu benda baik pun org halang..x kesian ke dekat org2 yg jahil ttg islam sedangkan agama ni adalah yg terbaik..cuba tnya masyrkat malaysia yg beragama islam ni, diorang semua berpegang ngan mazhab pe?..klu x tau mmg diorg cuma islam atas nama je…
Idris Jala tu sebenarnya dari kaun Kadazan, Sabah dan memang beragama Kristian. Sebenarnya masa mula-mula lagi lantik jadi Pengerusi MAS, Pak Lah dah tersalah pilih. Dia ingat Idris Jala orang Islam.
Sebelum Idris Jala, MAS telah memperolehi kerugian besar yang berbillion semasa Tajuddin Ramli masih CEOnye. Jikalau hang tengok report bisnes MAS, MAS sudah sekarang memperolehi keuntungan berbillion disebabkan visi dan kepimpinan Idris Jala. Soalannye, adakah Pak Lah tersalah pilih hanya disebabkan Idris Jala bukan seorang penganut islam?
Perhatikan perkataan yang anda ucapkan…
yup,,,idris jala mmg kristian…dulu sy xtau.. tp bile diselidik, dia mmg kristian dn aktif dgn sib…
islam bukan datang dari pendengaran,penglihatan dan perasaan yg zahir! wahai saudaraku , walaupun ribut sunami yg dtang, xkan tergugat iman sekiranya kita asah dan amati dari awal dan terkini akan kehendak Illahi. Islam bkan utk menyalahi org len, sebalik dikaji, mahasabah diri! ukur amalan dan tanam benih iman dlm diri . Bapak Idris jala pun tidak mampu untuk pengaruhi org yg memiliki iman yg tebal dan tegap! dalami ilmu islam dan iman! Sentiasa lidah dibasahi dgn kalimah illahi dan pujian nama illahi(asma usna).
Lukman al Hakim , menasihatkan anaknya, sesungguhnya hidup ini umpama pelayaran di lautan , ……………………………….. rujuk alquran dan terjemahan dan makluman dari ustaz yg ariff! Hendak seribu daya, takdak komen dan kutuklah ulasan saya di atas. say terima kritikan dan mengharap balasan pahala keran telah menyampaikan hak pada org yg tak arif ! wallahu aklam.
Umat islam jangan memusuhi mereka yang beragama lain. Umat Islam perlu memperkukuhkan Iman dan belajar agama supaya segala serangan dan hujah yang di kemukakan oleh agama lain dapat di tangkis. Supaya mereka semua akan sedar bahawa Islam adalah agama yang betul dan mereka akan peluk islam dan mengamalkan ajaran islam.
Pada pendapat dan pandangan saya umat islam di Malaysia pada hari ini ramai amat sibuk bekerja daripada waktu pagi sampai ke malam dan tiada masa untuk mempelajari agama islam dan mengikuti kelas-kelas agama. Masa untuk bersama keluarga hanya pada hari cuti jumaat & sabtu bagi negeri Trg,Kelantan dan Kedah serta Sabtu, Ahad bagi negeri-negeri lain.Bagi yang bekerja dengan kerajaan bila dah pencen baru nak belajar agama. Kerajaan pada hari ini mesti melaksanakan sistem waktu bekerja berdasarkan acuan sndiri dan jangan sesekali mniru sistem negara lain. Negara lain khususnya negara bukan islam hanya mementingkan duniawi dan sistem waktu bekerja mreka amat padat sperti negara jepun. Negara memang maju tapi kalau kita laksanakan sistem macam mereka bila kita nak belajar agama. Kerajaan mesti memberikan peluang dan banyak masa kepada kakitangan kerajaan.
salam, cuma nak berkongsi pengalaman yang sedang dihadapi pada saat ini…berkenaan isteri saya yang telah berubah sikapnya akibat hasutan seorang lelaki teman sekerja yang beragama kristian…..pada saat ini kami dalam proses penceraian akibat dari hasutan itu……saya tak rasa ada peruntukan di dalam undang2 negara ini baik sivil mahupun syarie yang melindungi sesebuah institusi keluarga islam dari hasutan dan penyebaran agama kristian…….amat menyedihkan kerana kecelakaan ini telah menimpa keluarga saya sendiri…..dan bakal runtuh lah sebuah mesjid tak lama lagi akibat kecuaian perundangan negara ini yang jelas gagal melindungi kepentingan sebuah keluarga islam.