Umat Islam Perlu Sedar Pihak Yang Cuba Gugat Islam Sebagai Agama Rasmi

sumber: Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Umat Islam di Malaysia perlu diberikan kesedaran tentang bagaimana ada pihak tertentu yang cuba menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Ann Wan Seng berkata ini kerana umat Islam di negara ini berada dalam keadaan selesa tanpa merasakan sebarang ancaman terhadap kedudukan agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Bercakap pada forum Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-Pertubuhan Islam se-Malaysia di sini beliau berkata terdapat pelbagai isu yang membelenggu umat Islam ketika ini yang masih belum diselesaikan dan perlu diberikan perhatian serius.

Ann berkata antaranya ialah isu umat Islam yang murtad, isu tuntutan jenazah saudara baru yang meninggal dunia serta peraturan di mana saudara baru Islam perlu memberitahu kepada keluarga mereka bahawa mereka sudah memeluk Islam sebelum keislaman mereka didaftarkan.

Beliau berkata isu umat Islam yang murtad hasil gerakan rahsia pihak tertentu harus diambil perhatian serius dan ini merupakan satu tanda bahawa kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi seperti mana yang termaktub dalam perlembagaaan negara telah diganggu-gugat.

Isu tuntutan jenazah saudara baru yang meninggal dalam beragama Islam pula katanya perlu diselesaikan segera supaya pertikaian dengan keluarga yang bukan beragama Islam tidak berlarutan di mahkamah.

Mengenai peraturan di mana saudara baru Islam perlu memberitahu kepada keluarga mereka bahawa mereka sudah memeluk Islam sebelum keislaman mereka didaftarkan, beliau berharap ia dapat dipertimbangkan semula.

“Peraturan ini menyusahkan saudara baru kerana untuk berhadapan dengan keluarga bagi memberitahu bahawa mereka sudah memeluk agama Islam amatlah sukar kerana biasanya mereka akan mendapat tentangan daripada keluarga,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s