Berita Harian 14 Febuari 2009
choo@bharian.com.my
Katanya, peraturan sedia ada itu tidak perlu disemak semula mahu pun diubah kerana sistem faraid ditentukan Allah SWT dan bukan undang-undang buatan manusia.
“Dalam Islam, kita tidak memperjuangkan kesamaan antara lelaki dan wanita tetapi keadilan jantina. Sama rata tidak semestinya adil. Islam memberi apa yang sesuai dan layak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Mashitah berkata, ada pelbagai saluran disediakan dalam Islam untuk mendapatkan pembahagian harta secara sama rata antara anak lelaki dan perempuan, termasuk melalui penetapan wasiat, hibah serta undang-undang.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, menegaskan sistem faraid tidak perlu disemak semula serta tidak boleh diubah kerana ia sudah jelas dan juga ketentuan Allah di mana Surah an-Nisa ayat 11 hingga 14 memperincikan perihal pembahagian harta dalam Islam.
“Dalam sistem faraid, anak lelaki mendapat bahagian lebih besar tetapi itu nilai kasar kerana mereka wajib menggunakannya untuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan bertanggungjawab membantu adik-beradik perempuan yang memperoleh bahagian lebih sedikit apabila mereka kesusahan. Ini berbanding anak perempuan yang mendapat bahagian lebih sedikit tetapi ia adalah nilai bersih, iaitu hak mutlak mereka. Justeru pada akhirnya, nilai bahagian kedua-dua lelaki dan perempuan adalah sama,” katanya.
“Dalam hukum Islam, keadilan bukan seperti ‘satu sama dengan satu’ tetapi meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Kita perlu balik kepada sumber hukum, hadis dan ijtimak ulama.
“Jangan menggunakan `neraca’ (alasan memperjuangkan hak sama rata) dari Barat yang nampak baik tetapi sebenarnya menyesatkan. Selain itu, jangan terlalu takjub dengan akal fikiran dan juga jangan mempengaruhi orang lain pula,” katanya.
Tepat sekali…
benar, soalnya hukum Allah itu adil, namun isu yang menjadi perdebatan, terlalu ramai yang menjadi ‘mangsa’ akibat kerakusan drpd mereka yang tamak harta faraid.
Ia isu apabila hakikatnya ramai kaum lelaki tidak membela nasib adik2 perempuan mereka. Ia menjadi isu, apabila ramai yang saudara2 perempuan sebenarnya menjaga kebajikan ibubapa mereka terutama ketika sakit yang mana saudara2 lelaki mereka yang WAJIB menjaga itu, telah melepaskan tanggungjawab dengan sewenang-wenangnya.
Adakah ADIL jika isu wang EPF diletakkan di bawah urusan faraid, yang mana sekirannya mati si suami/isteri, datang gerombolan2 ‘tamak faraid’ dalam hidup balu si mati tadi yang tentunya kesedihan, kehilangan tempat bergantung etc. nah, bayangkan dalam situasi ini anda (yang kaum isteri) baru kematian suami, tempat bergantung, tempat berkasih sayang tiba2 kehilangan suami tercinta dan perlu meneruskan kehidupan dengan anak2 yang masih kecil, NAMUN ‘harta’ yang tidak seberapa peninggalan suami itu dituntut oleh keluarga suami yang langsung ketika hayatnya tidak mengambil tahu tentang hidup/sakit/pening si suami termasuk diabai ketika kecil oleh ibubapa sendiri- tiba2 gerombolan2 ini datang menuntut HAK mereka atas dasar faraid…..MANA ADILNYA sistem ini?
benar hukum ALLAH itu benar dan ADIL, namun harus juga melihat rentasi zaman dari saat HUKUM ini diturunkan- relevancy harus ada. HUKUM ini digunapakai ketika zaman manusia hidup dalam peperangan, ramai kaum2 bapa yang meninggalkan dunia….nasib kaum isteri dan anak2 terkontang-konting; maka adanya sistem ini telah membela nasib kaum isteri itu. Malah, ketika zaman dahulu, ramai lelaki /abang2/adik2 lelaki masih kuat rasa tanggungjawab kepada saudara2 perempuannya (saya tahu contoh terbaik datuk saudara saya yang telah mengambilalih tanggungjawab sebagai ketua keluarga adik perempuannya yang kematian isteri, anak2 adik perempuannya itu – keluarga ibu saya- semuanya dijaga dengan rapi dan dibela sehingga berjaya walaupun hanya ketika hayat datuk saudara itu sahaja)
saya percaya HUKUM ALLAH itu ADIL. ISLAM itu ADIL. masalahnya, banyak yang menjadi amalan hanyala mengikut interpretasi MANUSIA, berdasarkan ijtihad …maka salah ke sekiranya menggunakan ijtihad juga kita melihat semula keberkesanan pelaksanaan sistem ini?
wallahualam.